26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

24 calon ketua perwakilan, duta dalam proses tapisan akhir SPA

Kesemua calon adalah daripada pegawai diplomatik yang berkhidmat dengan kerajaan dan bukan daripada kalangan ahli politik.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

WISMA Putra telah menyerahkan 24 senarai calon Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang telah diluluskan termasuk ke Indonesia kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk proses tapisan akhir.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, kesemua calon bagi mengisi jawatan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan Duta Besar Malaysia itu terdiri daripada pegawai diplomatik yang berkhidmat dengan kerajaan dan bukan daripada kalangan ahli politik.

“Senarai calon yang telah diserahkan kepada SPA itu bagaimana pun tidak termasuk pengisian jawatan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

“Insya-Allah akan umum tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Himpunan Genta Rasa Jufitri Joha di Wisma Putra di Putrajaya hari ini.

Baca juga:   SPA senarai hitam calon salah laku integriti

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang kini masih kosong.

Jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia sebelum ini disandang diplomat Datuk Zainal Abidin Bakar.

Media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, namun, nama beliau tiada dalam senarai penerima watikah pelantikan sebagai Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara pada majlis yang berlangsung di Istana Negara Julai lepas.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, Wisma Putra secara proaktif akan menjalankan kempen advokasi kepada orang awam mengenai sindiket penipuan kerja di negara asing.

Baca juga:   SPA senarai hitam calon salah laku integriti

“Melalui kempen sedemikian, kita bukan sahaja dapat mendidik masyarakat mengenai penipuan kerja sebaliknya dapat mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia untuk mendapatkan peluang pekerjaan di luar negara melalui saluran yang betul serta dipercayai,” katanya.- BERNAMA

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan