28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Ahmad Said pilihan tunggal BN untuk ‘poster boy’ Terengganu

BN Terengganu tidak bercadang untuk mengemukakan lebih ramai calon Menteri Besar bagi mengelak kecelaruan.

Mesti Baca

BEKAS Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dilihat menjadi calon tunggal yang akan diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) Terengganu sebagai poster boy dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Setiausaha UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata, BN Terengganu tidak bercadang untuk mengemukakan lebih ramai calon bagi mengelak kecelaruan.

Beliau berkata, Ahmad merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Pengerusi BN negeri serta ‘jeneral’ BN untuk merampas Terengganu yang jatuh ke tangan Pas dalam PRU-14 lalu.

“Kita tidak boleh ada calon banyak-banyak, nanti celaru. ‘Poster boy’ kita, kepala kita, ‘jeneral’ (perang) kita ialah Ahmad Said dan kita putuskan beliau saja akan jadi poster boy BN,” katanya seperti dilapor FMT.

Dalam PRU-14 lalu, BN yang diketuai oleh Datuk Seri Razif Abdul Rahman hanya memenangi 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua Parlimen dalam PRU yang dianggap sebagai ‘tsunami’ politik.

Ahmad yang juga ADUN Kijal telah menjadi Menteri Besar 2008 tetapi meletakkan jawatan pada 2014.

BN yakin dapat merampas kembali negeri Terengganu dalam PRU-15. – Sumber: FB BN

Sementara itu, Rozi menegaskan BN akan bergerak solo dalam PRU-15 dan yakin dapat memenangi 16 hingga 17 kerusi DUN bagi membentuk majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan.

Advertisements

“Kalau kita buat keputusan bertanding solo, maknanya kita yakin menang, kalau kita tak yakin, kita tak akan buat keputusan.

“Kalau kita dapat 16 atau 17 daripada 32 kerusi DUN, kita sudah boleh memerintah. Walaupun PRU lepas kita lawan Pas yang bergerak solo, kita hanya menang 10 DUN dan dua Parlimen. Kita pernah kalah 28 DUN dan kita boleh menang kembali 28 DUN sebelum ini,” katanya.

Beliau merujuk keputusan PRU 1999, di mana BN Terengganu yang tumpas kepada Pas di 28 DUN, berjaya merampas semula 28 kerusi pada PRU 2004 menerusi slogan ‘Gelombang Biru’ dan menubuhkan kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, Rozi yakin para pengundi di Terengganu akan kembali memilik BN sebagai kerajaan kerana didakwa banyak isu rakyat gagal diselesaikan oleh kerajaan Pas.

“Kita BN, dulu masa jadi kerajaan pun ada kelemahan, tapi kita boleh beri perkhidmatan lebih baik kepada rakyat, jika BN kembali mentadbir. Banyak isu yang gagal diselesaikan, tapi kami tak mahu dedahkan semua, sebab itu strategi kita,” katanya.

ADUN Telemong itu berkata, BN Terengganu tidak ketandusan calon untuk dipertaruhkan dalam PRU-15 memandangkan barisan kepimpinan negeri yang ada hari ini 80 peratus adalah muka baharu.

“Paling penting kepada kita Terengganu, kita ambil pendekatan calon diterima rakyat dan calon boleh menang,” katanya.

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan