28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

UMNO tuntut penjelasan SPRM berhubung siasatan kes Nazlan

Integriti institusi yang kita hormati perlu dilindungi, UMNO amat berharap pihak SPRM dan pihak Jabatan Peguam Negara akan beri penjelasan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO hari ini menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi penjelasan berhubung kertas siasatan kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali yang dikatakan sudah selesai sejak Mei lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia berdasarkan satu kenyataan media yang dibuat SPRM pada 21 Mei yang bocor dan tular ketika itu.

Dalam kenyataan itu, beliau berkata, SPRM dikatakan selesai menjalankan siasatan kes membabitkan Mohd. Nazlan dan telah menyerahkan kes tersebut kepada Pejabat Peguam Negara.

“Memandangkan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti dokumen, UMNO berpandangan pihak SPRM perlu mengesahkan atau menafikan keabsahan kertas siasatan tersebut yang sudah tular.

Baca juga:   UMNO Kedah tidak terima jemputan daripada Pas - Jamil Khir

“Di samping itu, pihak Jabatan Peguam Negara juga perlu mengumumkan sekiranya akan ada tindakan lanjut bagi kertas siasatan tersebut memandangkan ia sudah berada di jabatan itu sejak tiga bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad berkata, integriti institusi yang dihormati itu perlu dilindungi dan beliau turut berharap SPRM serta Jabatan Peguam Negara tampil memberi penjelasan kepada rakyat.

“Integriti institusi yang kita hormati perlu dilindungi, UMNO amat berharap pihak SPRM dan pihak Jabatan Peguam Negara akan menjelaskan kepada rakyat mengenai isu ini dalam masa terdekat,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

KPM terus laksana penambahbaikan sistem pentaksiran, penilaian murid

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pentaksiran dan penilaian murid seiring dengan keperluan semasa. Menteri Kanan...

Lagi Artikel Berkaitan