24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Lelaki curi seluar dalam wanita dipenjara dua tahun

Pertuduhan dilakukan Inspektor Albert Basiri selaku pegawai pendakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara 24 bulan di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah, hari ini atas kesalahan mencuri pakaian dalam wanita, minggu lalu.

Majistret Jessica Ombou Kakayun membuat keputusan berkenaan selepas tertuduh Muhammad Rizal Richard Abdullah, 39, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, duda berkenaan didakwa mencuri pakaian dalam wanita di Taman Puncak, Menggatal pada 1.39 pagi, 11 Ogos lalu.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tertuduh mencuri pakaian dalam wanita menggunakan sebatang kayu di beranda belakang rumah mangsa.

Tertuduh kemudian ditahan di rumahnya pada 13 Ogos lalu dan pemeriksaan menemui 10 jenis pakaian dalam wanita berada dalam simpanan tertuduh.

Pertuduhan dilakukan Inspektor Albert Basiri selaku pegawai pendakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Advertisements

Ketika rayuan, peguam Nabila Norsahar dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan memandangkan anak guamnya mengaku bersalah dan menyesal atas perbuatannya.

Nabila memaklumkan tertuduh sudah bercerai dan mempunyai dua anak selain tidak bekerja.

Bagaimanapun, Albert memohon hukuman setimpal kerana lelaki itu melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab terhadap wanita.

“Kes ini membabitkan kepentingan awam khususnya wanita. Semasa ditahan tertuduh didapati memakai seluar dalam wanita itu.

“Tertuduh juga mengaku bahawa dia berada dalam keadaan sedar dan waras ketika melakukan jenayah itu untuk memuaskan nafsunya,” katanya. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan