29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PM umum Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam, pesara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 bagi pesara dan veteran kerajaan tidak berpencen.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pembayaran BKK itu akan dibuat bermula Januari 2023.

“Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

“Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam yang sentiasa memastikan jentera Kerajaan bergerak dengan berkesan, melaksanakan dasar dan menjayakan setiap aspirasi Kerajaan,” jelasnya.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, keluh kesah anggota perkhidmatan awam sentiasa didengari oleh Kerajaan.

“Justeru, Kerajaan bersetuju agar Jabatan Perkhidmatan Awam menyegerakan kajian ke atas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan merangkumi saraan dan perkhidmatan agar relevan dengan keadaan semasa serta kemampuan kewangan Kerajaan,”katanya.

Selain, Bantuan Khas Kewangan (BKK), kerajaan turut mengumumkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

Kedua, Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

Ketiga, perluasan tafsiran ahli keluarga bagi
kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat.

Keempat, penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.

Kelima, Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)
tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023.

Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 bagi pesara dan veteran kerajaan tidak berpencen.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, keputusan Kerajaan untuk membuka semula sektor ekonomi secara keseluruhan dan pembukaan sempadan antarabangsa antara tindakan yang paling tepat untuk melonjakkan kembali kitaran ekonomi.

“Hasilnya hari ini, ekonomi Malaysia telah mencatatkan prestasi memberangsangkan apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua tahun 2022 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 8.9 peratus, merupakan yang terbaik di Asia Tenggara.

“Momentum pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19 dijangka berterusan sehingga penghujung tahun 2022 dan saya yakin, unjuran pertumbuhan di antara 5.3 peratus dan
6.3 peratus bagi tahun 2022 dicapai,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia turut mencatatkan pertumbuhan perdagangan borong dan runcit yang kukuh, tahun ke tahun sebanyak 44
peratus kepada RM132.8 bilion pada Jun 2022.

“Untuk separuh masa pertama 2022, pelaburan langsung asing (FDI) merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM41.7 bilion berbanding sebelum pandemik, iaitu RM23.3 bilion
pada tempoh yang sama tahun 2019.

“Dasar yang terbaik, jika tidak dilaksanakan dengan sempurna, tidak akan ke mana. Siapa yang melaksanakannya? Tidak lain dan tidak bukan, andalah Keluarga Perkhidmatan Awam yang bertungkus-lumus memastikan setiap inisiatif berjalan, setiap bantuan yang dihulur sampai, dan setiap halangan serta cabaran
digembeleng bersama demi kesejahteraan Keluarga Malaysia, “katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan