26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

PM pertimbang untuk bentang bajet 2023

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertimbangkan untuk membentangkan sendiri Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober ini.

Bagaimanapun, kata beliau, perkara itu perlu dilihat dari segi Perlembagaan dan perundangan sekiranya dibenarkan berbuat demikian.

Beliau berkata, setakat ini, pembentangan Bajet 2023 dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Belum tahu siapa (bentang Bajet 2023), setakat ini Menteri Kewangan, kena tengok dari segi Perlembagaan dan perundangan.

“Kalau tidak boleh, tak boleh lah, kalau boleh, maka, boleh dipertimbangkan. Jadi, apa-apa tunggu nasihat Peguam Negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (atau MAPPA) yang ke-18, hari ini.

Advertisements

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober berbanding tarikh asal 28 Oktober ini.

Ia selepas perubahan takwim baharu sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 (2022) yang bermula pada 3 Oktober hingga 29 November 2022 bagi Dewan Rakyat (32 hari) dan 21 November hingga 7 Disember 2022 (11 hari) bagi Dewan Negara, dipercepatkan 23 hari daripada takwim asal.

Perubahan ini berikutan terdapat keperluan untuk kerajaan meminda takwim Mesyuarat Ketiga ini bagi membolehkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 dipercepatkan.

Perdana Menteri mengenakan kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Peraturan Mesyuarat 10(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat DewanNegara, untuk meminda tarikh daripada 26 Oktober 2022 dan diawalkan kepada 3 Oktober 2022. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan