32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Asyraf Wajdi tuntut penjelasan Jabatan Peguam Negara

Susulan penularan surat daripada Pejabat Peguam Negara yang mengarahkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mempercepatkan prosiding kes Zahid.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO menuntut penjelasan Jabatan Peguam Negara berhubung arahan menggesa prosiding mahkamah melibatkan Presiden partinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipercepatkan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata penjelasan perlu diberikan berikutan wujud campur tangan Peguam Negara dalam urusan badan kehakiman.

Ia susulan penularan dua pucuk surat daripada Pejabat Peguam Negara yang mengarahkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar mempercepatkan prosiding kes Zahid.

“Kelmarin tular surat daripada Pejabat Peguam Negara yang didakwa mengarahkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mempercepatkan prosiding kes Zahid.

“Persoalannya, bolehkah Peguam Negara sebagai badan Eksekutif mencampuri urusan badan Kehakiman?

Advertisements

“Bukankah seharusnya Pejabat Peguam Negara sendiri menghormati doktrin pemisahan kuasa antara tiga badan; Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, agak meragukan kerana kes rasuah melibatkan pemimpin-pemimpin parti lain tidak diberi perhatian seperti kes Ahmad Zahid.

“Mengapa hanya kes Zahid, kenapa tidak kes-kes rasuah lain yang berprofil tinggi seperti Kes Rasuah Terowong Lim Guan Eng, kes rasuah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman?,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata, kenyataan Peguam Negara itu melibatkan kredibiliti dan imej institusi serta percaturan politik seperti yang dinyatakan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam buku tulisannya sebelum ini.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan