27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

‘Saya dah bertemu PN, kami dah saling beri pandangan’ – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menjelaskan bahawa beliau sudah pun mengadakan pertemuan dengan wakil Perikatan Nasional (PN) dua minggu lalu.

Menurut Perdana Menteri, dalam pertemuan pada minggu terakhir sesi sidang Dewan Rakyat itu, beliau dan pihak PN telah menyuarakan pandangan masing-masing.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu PN diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Bendahari PN, Datuk Seri Dr Samsuri Mokhtar.

Bagaimanapun, Ismail Sabri enggan mengulas lebih lanjut berhubung pertemuan itu.

“Dah… hari itu saya dah kata, dah ada (pertemuan). Bersatu (PN) telah sampaikan pandangan mereka dan saya pun dah sampaikan pandangan saya… jadi setakat itu sajalah,” kata beliau.

Perdana Menteri memberitahu demikian kepada media selepas melawat Pavilion Pahang pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Eskpo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, hari ini.

Ismail Sabri berkata, perkara itu juga telah diumumkan semasa beliau merasmikan MAHA 2022 pada 6 Ogos lepas dan ia tidak perlu dibangkitkan lagi.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa fokus kerajaan kini adalah untuk menyelesaikan isu rakyat dan memulihkan semula ekonomi negara.

“Rakyat lebih nak dengar perkara ini (menyelesaikan isu rakyat). Biar kita fokus kepada rakyat. Itu lebih penting.

“Harga barang misalnya yang dikatakan naik dan sebagainya, atas intervensi yang dibuat kerajaan, harga ayam dah turun, lambakan ayam di pasaran tidak besar dari segi jumlahnya yang menyebabkan harga walaupun kita tetapkan harga siling RM9.40, sekarang ini RM7.50 dan ada sesetengah tempat RM7. Itu fokus kerajaan lebih kepada menjaga kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan menerusi Jawatankuasa Petugas Khas Jihad Tangani Inflasi juga telah berjaya menurunkan harga minyak masak seiring dengan penurunan harga minyak sawir di pasaran dunia.

Malahan beliau berkata, Kementerian Kerja Raya juga telah memaklumkan bahawa harga besi turut turun di pasaran.

Ketika diminta mengulas mengenai pertumbuhan suku kedua Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencapai pertumbuhan 8.9 peratus, beliau berkata, perkara itu akan diulas pada Konvensyen Wanita Barisan Nasional (BN) esok yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan