24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pelajar Tingkatan 3 ditangkap pukul guru dengan penyapu

Hasil ujian air kencing suspek adalah negatif dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pelajar Tingkatan Tiga tergamak memukul seorang guru wanita dengan penyapu di sebuah sekolah menengah di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, semalam.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa yang juga guru disiplin berusia 52 tahun ketika itu sedang membuat rondaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, guru wanita terbabit menerima laporan daripada seorang guru berhubung pelajar lelaki berusia 15 tahun yang berambut panjang.

“Mangsa kemudian bertindak menggunting rambut pelajar lelaki itu.

“Pelajar lelaki itu marah dan mengugut mahu membunuh. Dia kemudian bertindak memukul mangsa dengan batang penyapu.

Advertisements

“Akibat pukulan itu, mangsa cedera di mata kirinya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Arsad berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan ke sebuah rumah dan menahan suspek.

Menurutnya, hasil ujian air kencing suspek adalah negatif dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.

“Suspek ditahan reman bermula hari ini hingga esok membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 506 (KK),” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan