32.4 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

Lebih 1,000 paket minyak masak bersubsidi dirampas di Sarawak

Kempen Anti Sorok menunjukkan impak positif dalam kalangan pengguna dan peniaga.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak merampas 1,029 paket minyak masak bersubsidi dalam dua serbuan secara berasingan hari ini.

Serbuan pertama di sebuah premis perniagaan di Bau, KPDNHEP menemui 336 paket minyak masak bersubsidi satu kilogram (kg) yang disorok di premis itu.

Serbuan kedua di Jalan Song menemui 693 paket minyak masak bersubsidi satu kg dan barangan kawalan itu dirampas kerana premis perniagaan terbabit disyaki menjualnya dengan pembelian bersyarat.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Sarawak, Peter J Berinus Agang, serbuan itu dilakukan dalam Operasi Anti Sorok selepas intipan pegawainya yang menyamar sebagai pengguna di dua premis berkenaan.

“Nilai rampasan dalam serbuan pertama berjumlah RM840, manakala dalam serbuan kedua pula RM1,732.

“Premis pertama di Bau disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 Akta Kawalan bekalan 1961 iaitu menyorok barang kawalan bersubsidi minyak masak paket satu kg.

Baca juga:   Harga maksimum ayam dan telur ayam kekal - KPDNHEP

“Premis perniagaan Jalan Song, Kuching pula disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu kesalahan menjual barang kawalan dengan mengadakan pembelian bersyarat iaitu mewajibkan pengguna membeli barangan bernilai RM20 sebagai syarat untuk membeli sepaket minyak masak satu kg itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Peter J Berinus, kedua-dua kes itu jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Baca juga:   Ahmad Sarji stabil, masih dirawat di HCTM UKM

“Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya.

Untuk rekod, Kempen Anti Sorok menunjukkan impak positif dalam kalangan pengguna dan peniaga.

Bermula Januari lalu hingga semalam sebanyak 720 kes dihasilkan membabitkan pelbagai akta yang dikuatkuasa oleh KPDNHEP dengan jumlah nilai rampasan RM5.7 juta, manakala jumlah nilai kompaun pula RM502,500.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak kementerian melalui aplikasi WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000 ; Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my ; Call Centre 1-800-886-800 atau emel [email protected].

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lima pekerja kilang nyaris rentung, empat kilang terbakar

LIMA pekerja kilang nyaris rentung dalam kebakaran melibatkan dua bangunan yang menempatkan kilang memproses santan, dua kilang elektronik dan...

Lagi Artikel Berkaitan