25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

UniKL BMI bina bangunan tenaga sifar bersih pertama

Reka bentuk bangunan tersebut juga membantu pengurangan pelepasan karbon ke udara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UNIKL British Malaysian Institute (UniKL BMI) mencatat sejarah apabila membina bangunan pertama di Malaysia berstatus Bangunan Tenaga Sifar Bersih.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, bangunan akademik tiga tingkat Kampus UniKL BMI di Gombak, Kuala Lumpur itu akan menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik daripada yang digunakan melalui kaedah penjimatan tenaga mapan.

“Reka bentuk bangunan tersebut juga membantu pengurangan pelepasan karbon ke udara selaras dengan usaha kerajaan untuk mengadaptasikan Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals, (SDGs) di Malaysia.

“UniKL BMI menerima geran sebanyak RM12.5 juta untuk pembangunan modal insan di bawah program RMK11 bagi menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran pelajarnya bagi pengkhususan berkaitan tenaga lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Tenaga Lestari dan Majlis Pelancaran Projek Pembinaan Bangunan UniKL Sustainable Energy Living Lab di UniKL BMI di Gombak, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Datuk Dr. Roziah Omar.

Mahdzir Khadli diberi penjelasan mengenai Projek Pembinaan Bangunan UniKL Sustainable Energy Living Lab di Kuala Lumpur hari ini.

Jelas Mahdzir, pembinaan bangunan itu bagi kegunaan program Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi Elektrikal dalam bidang Tenaga Lestari beserta Sijil Kecekapan Profesional dalam Rekabentuk Sistem Fotovoltaik Solar dan Pengurus Tenaga Elektrik Berdaftar di bawah Suruhanjaya Tenaga.

Baca juga:   4 peguam pemerhati dilantik TMJ hadir ikuti prosiding kes Bella

UniKL kata Mahdzir, dijangka menghasilkan seribu graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam sektor tenaga lestari, tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga menjelang tahun 2030.

Baca juga:   Hentikan boikot, McDonald's Malaysia tak terlibat agenda Israel

“Ia sekaligus bagi memenuhi prospek permintaan tenaga kerja dan berkemahiran tinggi bagi industri berkaitan tenaga di Malaysia.

“UniKL juga merupakan satu-satunya universiti yang telah ditauliahkan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia untuk menjalankan program Rekabentuk Sistem Fotovoltaik Solar (GCPV Systems Design).

Selain kampus UniKL BMI, sebuah lagi kampus UniKL iaitu UniKL Malaysia France Institute (UniKL MFI) di Bangi, Selangor turut menawarkan program berkaitan mikro hidro.

Program itu mampu menyumbang kepada pelaksanaan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), meliputi kaedah alternatif seperti solar hibrid dan mikro hidro.

“Ia termasuk program pemasangan lampu jalan dan bekalan elektrik kampung-kampung tradisional di luar kawasan operasi pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

“UniKL akan memainkan peranan yang amat penting dalam menyediakan tenaga mahir bagi sektor Tenaga dan Kecekapan Tenaga dengan adanya tenaga mahir yang mencukupi,” kata Mahdzir.

Sementara itu, Forum Tenaga Lestari yang julung kalinya dianjurkan oleh UniKL BMI dengan kerjasama Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia.

Forum turut menampilkan ahli-ahli panel tempatan dan antarabangsa yang terdiri daripada pakar dalam bidang tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga.

Antaranya Pengarah Kanan, Smart Glass Division AGC Asia Pacific Pte Ltd, Singapura, Masayuki Hayashi,

Pengarah, Pembangunan Teknikal & Fasilitasi, Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia, Ts. Steve Anthony Lojuntin dan Pengarah dan Profesor Solar Energy Research Institute (SERI), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Ts. Dr. Kamaruzzaman Sopian,

Baca juga:   KKM beri kelulusan guna vaksin CoronaVac kepada remaja
Baca juga:   KPLB lancar Aspirasi Kampung Sejahtera capai SDG 2030

Turut terlibat, Pengarah Urusan, IEN Consultants Sdn Bhd, Gregers Reimann dan Ketua Projek, UniKL Sustainable Energy Living Lab, UniKL BMI, Mohd Akram Dandu.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

2 individu ditangkap gaduh guna rantai besi, parang depan kilang

DUA individu ditangkap polis semalam membabitkan kes pergaduhan dua kumpulan di hadapan sebuah kilang makanan laut di Sepanggar, Kota...

Lagi Artikel Berkaitan