30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Anggota polis ditahan kes dera anak teman wanita

Suspek yang kini dalam tahanan kerja, direman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota polis yang juga teman lelaki wanita yang bayinya meninggal dunia dipercayai didera di Sungai Siput, Perak kelmarin ditahan polis untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 30-an itu bertugas di luar Perak, ditahan semalam di Sungai Siput.

“Suspek yang kini dalam tahanan kerja, direman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita yakin dengan penahanan dua suspek akan dapat menyelesaikan kes ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Balai Polis Pulau Pangkor Perak, hari ini.

Ujar Mior Faridalathrash lagi, kecederaan pada badan mangsa yang berusia lapan bulan adalah kesan baharu dan lama menggunakan objek tumpul.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan termasuk mengenal pasti berapa lama mangsa didera.

“Ibu kandung bayi berkenaan yang juga suspek merupakan seorang jururawat persendirian dan telah bercerai dengan bapa mangsa enam bulan lalu.

Media semalam melaporkan, bayi lelaki itu meninggal dunia dengan kesan kecederaan di badan dan polis menahan reman ibunya berusia 30 tahun yang juga seorang jururawat selama tujuh hari hingga Isnin depan.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan