27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Sindiket bekal tukang urut Siam haram ‘kantoi’, 28 ditahan

Kesemua 28 orang individu yang ditahan dalam siri operasi ini berumur antara 20 hingga 52 tahun.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SATU sindiket membekal dan membawa masuk tukang urut warga Thailand menggunakan Pas Lawatan Sosial di sekitar Johor dan negeri-negeri berhampiran berjaya ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), baru-baru ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, sindiket tersebut mengunakan kenalan rapat yang berada di Thailand untuk mempengaruhi lelaki dan wanita negara tersebut dengan menawarkan peluang pekerjaan sebagai tukang urut di Malaysia.

Malah menurutnya, risikan juga mendapati terdapat aktiviti tidak bermoral turut dijalankan oleh sindiket di sebalik perkhidmatan tukang urut.

“Selain itu, sindiket turut menjalankan aktiviti menghantar pulang mana-mana warga asing yang bermasalah atau warga tempatan yang ingin melepasi sempadan negara melalui laluan yang tidak sah.

“Siasatan awal mendapati, sindiket mengenakan bayaran antara RM1,300 hingga RM1,500 bagi setiap tukang urut yang diuruskan dan dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga RM30,000 sebulan.

“Manakala, majikan pusat-pusat urut yang terlibat disyaki mampu meraih pendapatan sehingga RM50,000 sebulan dengan menggajikan tukang urut haram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seorang tukang urut Thailand yang ditahan bersama seorang pelanggan di Johor Bahru.

Mengulas lanjut, Khairul Dzaimee berkata, operasi khas yang dijalankan selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Julai lalu di sekitar Johor Bahru itu telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 40-an yang merupakan dalang utama sindiket bersama-sama 27 individu lain.

“Dalam operasi pada 21 Julai lalu, pasukan operasi JIM telah berjaya mengesan sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu oleh dalang utama di Taman Pelangi, Johor.

“Pasukan operasi telah mengekori dan menahan kenderaan tersebut untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati empat orang wanita Thailand berada didalamnya bersama dalang tersebut.

Advertisements

“Kesemua wanita ini tidak memliliki pas yang sah semasa diperiksa dan mereka dipercayai dalam perjalanan untuk dihantar pulang ke Thailand melalui jalan yang tidak sah. Kesemua mereka yang diperiksa ditahan bersama dalang sindiket,” katanya.

Menurut beliau, lanjutan daripada tangkapan tersebut, pasukan serbuan telah menyerbu rumah kediaman dalang utama dan berjaya merampas beberapa dokumen berkaitan aktiviti sindiket membawa masuk dan membekalkan tukang urut asing ke pusat urut refleksologi dan spa di Johor Bahru dan sekitar kawasan selatan tanah air.

“Rentetan daripada operasi ini, pasukan operasi JIM telah membuat dua lagi serbuan di premis pusat urut dan spa di Taman Austin dan Taman Abad di Johor Bahru yang disyaki ada kaitan dengan sindiket ini.

“Hasil serbuan di kedua-dua premis ini, JIM telah berjaya menahan seramai 18 wanita dan tiga lelaki warga Thailand yang bekerja sebagai tukang urut,” katanya.

Turut ditahan dua orang lelaki tempatan yang merupakan penjaga premis.

“Kesemua 28 orang individu yang ditahan dalam siri operasi ini berumur antara 20 hingga 52 tahun,” katanya.

Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen Setia Tropika Johor Bahru untuk tindakan lanjut,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan