24 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu henti berbalah

Mesej filem Mat Kilau jelas bahawa sesebuah tamadun dan negara boleh runtuh sekiranya tidak bersatu padu mempertahankannya

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memandang seirus gejala perpecahan dalam kalangan orang Melayu terutama pemimpin politiknya dan menasihati mereka agar berhenti berbalah.

Titah baginda, perbalahan orang Melayu dan pemimpin politik yang begitu ketara sekarang boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik di negara ini.

“Beta tidak berhasrat untuk mencampuri urusan politik dan pentadbiran negara.

“Walau bagaimana pun beta merasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan pandangan bagi memperbetulkan keadaan di samping menggesa agar perpecahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu dapat segera dihentikan,” titah baginda menerusi satu kenyataan hari ini.

Baginda menggalakkan rakyat terutama orang Melayu menonton filem Mat Kilau agar dijadikan satu teladan dan pengajaran kepada semua bahawa sesebuah tamadun dan negara boleh runtuh seandainya tidak bersatu padu dan bekerjasama mempertahankannya.

Berikut kenyataan penuh baginda:

Beta telah menonton filem Mat Kilau yang memaparkan bagaimana perpecahan di kalangan orang Melayu boleh mengakibatkan pihak-pihak luar mudah menguasai kita.

Jika dihayati dialog yang digunakan di dalam filem ini, ianya bertepatan bagi menyampaikan mesej kepada orang Melayu bahawa kekuatan sesuatu bangsa terletak kepada semangat perpaduan dan pegangan kepada agama Islam.

Sultan Sharafuddin berkenan menyerahkan buku kepada pelakon filem Mat Kilau, Fatah Amin.

Beta menggalakkan masyarakat negara ini terutama orang Melayu untuk menonton filem ini agar ianya boleh dijadikan sebagai satu tauladan dan pengajaran kepada kita semua bahawa sesebuah tamaddun dan negara boleh runtuh seandainya kita tidak bersatu-padu dan bekerjasama di dalam mempertahankannya.

Baca juga:   MBM gesa tubuh jawatankuasa siasatan bebas kes Azam Baki
Baca juga:   500,000 masalah paparan sijil vaksin selesai tempoh seminggu

Beta memandang serius terhadap gejala perpecahan di kalangan orang Melayu terutama pemimpin politik Melayu. Beta melihat perbalahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu yang begitu ketara sekarang boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik di negara kita.

Beta tidak berhasrat untuk mencampuri urusan politik dan pentadbiran negara. Walau bagaimana pun Beta merasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan pandangan bagi memperbetulkan keadaan di samping menggesa agar perpecahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu dapat segera dihentikan.

Ianya adalah bagi menjamin agar kepentingan masyarakat Melayu dapat dipelihara tanpa mengenepikan hak dan kepentingan masyarakat bukan Melayu di Negara ini.

Pemimpin-pemimpin politik Melayu perlu sedar bahawa pembangunan dan kemajuan Negara amat bergantung kepada kepimpinan yang stabil.

Andai kata pemimpin Melayu gagal menunjukkan kepimpinan yang baik dan bertanggungjawab, kaum lain akan hilang rasa hormat terhadap pemimpin Melayu dan sekali gus tidak akan memberi sokongan yang padu kepada pemerintahan orang Melayu.

Di samping mengamalkan sikap kepimpinan yang baik dan tidak berbalah sesama sendiri, pemimpin politik Melayu harus juga bekerjasama dengan pemimpin parti politik kaum lain bagi menjamin pembangunan Negara dijadikan keutamaan demi keselesaan hidup rakyat pelbagai kaum.

Di samping itu, Beta menyedari gejala fitnah-memfitnah berlaku dengan berleluasa di kalangan masyarakat.

Penyebaran berita-berita fitnah yang tidak ditentukan kesahihannya serta budaya menyerang perilaku peribadi seseorang individu telah mengugat keharmonian masyarakat di negara kita.

Baca juga:   Jangan jadi 'penderhaka' kepada perjuangan Melayu!

Semua pengkhianatan serta kebencian yang dilahirkan secara terbuka ini seolah-olah sudah menjadi satu budaya di kalangan masyarakat kita. Kita perlu sedar bahawa fitnah boleh mendatangkan dosa yang besar dan kemurkaan Allah S.W.T.

Agama Islam sendiri menggalakkan manusia untuk berdamai dan bersatu-padu dan melarang umatnya berpecah serta bermusuhan sebagaimana firman Allah di dalam surah Ali-Imran ayat 103.

Baca juga:   Maritim Malaysia rampas ketum bernilai RM126,000

“Dan berpegang teguhlah kamu pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai…”

Oleh itu beta mengajak semua pemimpin politik dan rakyat di negara ini kepada kebaikan dan mengamalkan budaya sihat yang berpandukan kepada sikap toleransi dan berprasangka baik bagi mencapai aspirasi perpaduan hidup bersama demi kemakmuran negara.

Beta menyeru agar kita bersama-sama membangunkan sebuah masyarakat yang gagah, bebas dari rasuah, bermaruah, harmoni dan berwibawa dengan menghormati nilai-nilai perpaduan kemanusiaan sejagat.

Semoga Allah S.W.T. memelihara negara dan kita semua.

Wartawan

Terkini

Ahmad Maslan, Steven Sim antara 27 dilantik Timbalan Menteri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen...

Lagi Artikel Berkaitan