28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemuda PKR usah cari sensasi, modal politik

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

ULASAN Pemuda PKR berkaitan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah amat dangkal dan hanya modal politik belaka sekaligus dapat dilihat sebagai hanya sambutan kepada hentaman yang di buat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keutamaan mana-mana kerajaan di dunia ini adalah menjaga hak dan kepentingan rakyat negara mereka melebihi mana-mana kepentingan pihak lain. Itu lah yang sedang direalisasikan oleh kerajaan pada hari ini.

Adalah tidak wajar rakyat negara lain seperti pekerja asing menerima manfaat yang sama atau lebih berbanding dengan rakyat negara ini sendiri.

Mereka bukan melakukan kerja secara percuma sebaliknya mereka dibayar dan bayaran diterima mereka pula lebih tinggi berbanding yang iperolehi di negara mereka sendiri. Ini adalah imbalan balik kepada perkhidmatan yang mereka berikan terutamanya dalam sektor 3D – Difficult, Dirty, Dangerous.

Pada setiap bulan, golongan pekerja asing akan mengirim wang dalam jumlah yang besar ke negara asal mereka. Jika dipukalkan jumlah tersebut melemahkan nilai ringgit itu sendiri. Gaji dapat, subsidi dan kelebihan pun nak sama dengan warganegara?.

Tindakan pemotongan subsidi adalah tidak wujud. Malahan, subsidi ditambah dan perbelanjaan subsidi kerajaan hari ini adalah yang terbesar dalam sejarah negara.

Ia hanya berubah bentuk dengan sasaran yang lebih tepat yakni terus kepada rakyat tempatan. Kerajaan tidak ingin ibarat ‘kera di hutan disusukan sedangkan anak sendiri mati kelaparan’.

Kerajaan hari ini tidak menjadikan kebencian sebagai modal politik. Kerajaan hari ini bukanlah kerajaan yang rendah martabatnya seperti kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan (PH)

Rakyat sebenarnya lebih mual bahkan benci terhadap modal politik PH yang bersulam indah dengan penipuan semata-mata.

Janji manis bulan dan bintang namun yang diterima hanyalah sampah dan cacian kepada rakyat sendiri. Lupakah PH, bagaimana mereka menghina rakyat? Rakyat dilarangnya bergantung kepada kerajaan, rakyat dikatakan pemalas dan rakyat ditipu itu dan ini.

Politik kebencian? Lupakah PH bagaimana mereka menjadikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tumbang pada PRU-14 sebagai alasan untuk setiap masalah yang timbul?

Berapa besar perbelanjaan tidak perlu yang PH keluarkan hanya untuk menjenamakan semula legasi yang ditinggalkan oleh kerajaan BN pasca-PRU-14 ?.

Berapa banyak periuk nasi penjawat awam yang ditutup oleh PH tatkala mereka menguasai Putrajaya?

Lupakah PKR terhadap budaya politik mereka, budaya politik samseng yang turun ke jalanan yang mengganggu bahkan mengancam ketenteraman awam. Himpunan Bersih masih diingati sebagai himpunan yang merugikan negara.

Gaji dan elaun menteri? Perbelanjaan besar membayar gaji dan elaun menteri PH selama 22 bulan adalah kerugian sebenar. Gaji dibayar namun projek dan pelaburan terhenti atau dihentikan hingga mengakibatkan kerugian nasional.

Sesudu minyak sawit sehari?, elephant vs elephant?, RM30 kepada rakyat? Berzina dalam kawasan tertutup dibolehkan? Lupa kah Pemuda PKR akan barisan menteri-menteri ini?

Tanyakan kepada pekerja asing itu sendiri, betapa besar nikmat yang mereka perolehi dengan tinggal dan bekerja di negara ini. Sesuatu yang mereka gagal untuk dapatkan di negara asal mereka sendiri.

Tidak ada di antara pekerja asing ini yang mengeluh, melainkan mereka tetap bersyukur dapat bekerja di negara ini.

Berhenti menunggang isu, berhenti mengadu domba. Rakyat tidak bodoh untuk terus menerus percaya dakyah dan propaganda murahan daripada pihak PKR amnya dan PH khususnya.

Kepada PKR, carilah Pemuda PKR yang lebih berkualiti. Bukan sekadar pengulas isu mencari sensasi. – PENULIS BANGSA

  • Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan