28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

RUU Anti Lompat Parti: Ubah budaya politik negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan usul Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkait Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti bukan sekadar undang-undang, tetapi mengubah budaya politik yang dianggap amalan biasa selama ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, turut berharap agar Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri-negeri turut menjejak langkah meluluskan akta anti-lompat parti.

Menurutnya, kerusi yang dimenangi oleh Ahli Parlimen tidak lagi berharga jika ianya ‘diperdagangkan’.

“Seseorang masih boleh pergi dari satu parti ke parti lain atas alasan-alasannya tersendiri. Tetapi apabila bertanding dan menang, dia mesti menghormati mandat rakyat yang diberikan.

“Kita tunggu DUN negeri-negeri pula menjejak langkah ini. Negeri yang paling dulu, kita berikan tepukan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat mencatat sejarah apabila meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti, dengan majoriti melebihi dua pertiga.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun sewaktu membacakan keputusan itu berkata, seramai 209 Ahli Dewan Rakyat bersetuju, manakala 11 lagi tidak hadir dalam bacaan kali ketiga usul berkenaan hari ini. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan