28.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 3, 2022

Seleweng dana MITRA: Pengarah didenda RM85,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pengarah institusi kewangan didenda RM85,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini berhubung penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Tertuduh, S Vijaya Kumar S Sinnakannu, 47, mengaku bersalah sebaik tuduhan pilihan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Suzana Hussin.

Suzana turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curangnya telah menggunakan sebagai tulen suatu dokumen iaitu baucar bayaran bernilai RM75,000 yang mana beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Unit MITRA Kementerian Perpaduan Negara, Aras 6, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur A, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada 2 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 465 kanun sama.

Baca juga:   Peratusan jemaah haji luar negara dijangka lebih ramai tahun ini

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kalaivani Annadorai, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Sepasang suami isteri bawa dadah lebih RM9.5 juta ditahan

SEPASANG suami isteri berusia 26 dan 28 tahun ditahan bersama dadah jenis syabu bernilai lebih RM9.5 juta di Kampung...

Lagi Artikel Berkaitan