24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAKYAT Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera berkuatkuasa Isnin ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kelonggaran itu bagi memudahkan rakyat kembali ke Malaysia selain keadaan sistem kesihatan negara kini berada pada tahap yang baik dan memuaskan.

Beliau berkata, pemansuhan itu akan dibuat secara berperingkat termasuk akan memberi kelonggaran kepada kumpulan-kumpulan lain seperti pemegang-pemegang pas sosial, pas pelajar serta penduduk tetap yang akan diumumkan kelak.

Advertisements

“Buat permulaan, pemansuhan ini hanya terpakai kepada warganegara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairy berkata, ciri-ciri Pas Pengembara tersebut masih dipaparkan dalam aplikasi MySejahtera dan ia perlu dilengkapkan oleh para pengembara bukan warganegara Malaysia sebelum memasuki negara ini.

Kata beliau, selain pemantauan kes Covid-19 dalam kalangan pengembara luar, ciri-ciri tersebut perlu dilengkapkan oleh mereka supaya pihaknya dapat penyakit berjangkit lain dari luar negara seperti cacar monyet. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan