27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM umum beberapa khabar gembira untuk peneroka Felda

Sempena sambutan Hari Peneroka Felda Kebangsaan 2022 serta ulang tahun ke-66 penubuhan agensi itu tahun ini.

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa berita gembira kepada para peneroka Felda termasuk kalangan generasi baharu sempena sambutan Hari Peneroka Felda Kebangsaaan 2022 di Bera, Pahang.

Antara berita gembira yang diumumkan Perdana Menteri ialah pengambilalihan pengurusan pusat mengumpul getah (PMG) oleH Felda daripada FGV Rubber Industries Sdn Bhd dengan peruntukan sebanyak RM6.1 juta.

Beliau berkata, pengambilalihan tersebut akan mengurangkan kos operasi kilang sebanyak 23 sen bagi setiap kilogram getah kering dengan tambahan lagi sebanyak 5 sen apabila mencapai sasaran bulanan.

“Keseluruhan pengurangan sebanyak 28 sen ini akan memberikan tambahan pendapatan RM11.2 juta bagi 10,707 peneroka tanaman getah,” kata beliau ketika berucap dalam majlis itu.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh.

Ismail Sabri turut mengumumkan peruntukan dana pusingan sebanyak RM10 juta bagi membolehkan usahawan dan generasi baharu Felda meningkatkan kapasiti perniagaan mereka atau untuk memulakan perniagaan.

Advertisements

Beliau berkata, pinjaman tanpa faedah itu diberikan dengan nilai minimum RM5,000 hingga maksimum RM20,000 mengikut pakej yang dibuka kepada usahawan belia Felda di seluruh negara bermula bulan depan.

Sempena ulang tahun penubuhan Felda ke-66 tahun ini, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan khas tambahan sebanyak RM66,000 bagi kesemua 317 rancangan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM21 juta.

“Saya juga ambil maklum kesungguhan dan komitmen yang dipamerkan oleh warga peneroka sekalian dalam memperindah rancangan masing-masing bagi meraih anugerah yang paling dinanti-nantikan iaitu Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA (AKRF).

“Sebagai penghargaan atas kesungguhan warga Felda ini, saya mengumumkan hadiah tempat pertama AKRF kini dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta.

“Semoga ini terus menjadi pembakar semangat kepada warga Felda untuk menjaga keceriaan dan keindahan kawasan rancangan di samping memupuk komuniti yang bersatu padu,” kata beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan