24 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Pasukan jihad perlu fokus faktor harga barang naik – Asyraf

Mesti Baca

PASUKAN Khas Jihad Tangani Inflasi sepatutnya memfokuskan perkara-perkara lebih fundamental yang menjadi faktor kenaikan harga barang, bukannya kempen-kempen retorik.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pasukan itu sepatutnya memastikan bekalan minyak masak paket yang disubsidi cukup dan ada di pasaran.

Menurut beliau, pasukan tersebut juga perlu memastikan penguatkuasaan yang efektif bagi memaksikan tiada pencatutan bekalan.

“Sebagai strategi jangka panjang untuk meningkatkan Jaminan Keselamatan Makanan (food security) negara, kerajaan perlu merangka polisi yang dapat meningkatkan pelaburan industri yang terlibat dengan pengeluaran makanan,” kata beliau menerusi Facebooknya hari ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Pasukan itu diketuai oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan dianggotai oleh lima menteri berkaitan serta Ketua Setiausaha Negara.

Baca juga:   Harga barang melambung: Masih berfungsikah KPDNHEP?
ekonomi
ASYRAF WAJDI DUSUKI – Gambar: Facebook

Asyraf berkata, pasukan itu juga perlu memikirkan strategi untuk meningkatkan keyakinan terhadap Ringgit Malaysia serta mencari pendekatan ampuh bagi menarik pelabur untuk melabur dalam negara.

Beliau berkata, pelaburan bagi meningkatkan pengeluaran input pertanian dan penternakan seperti dedak dan baja di dalam negara harus menjadi tumpuan.

Ini kerana, jelas beliau, dengan lebih banyak input pertanian dihasilkan dalam negara, maka kos pengeluaran makanan akan kurang terdedah dengan turun naik pergerakan matawang pada masa hadapan.

Baca juga:   Serbu pun tak guna selagi import jagung 100 peratus

“Strategi menangani inflasi makanan yang tidak terkawal memerlukan pendekatan holistik dari awal proses pengeluaran hingga kepada distribusi di pasaran.

“Ia memerlukan kerjasama semua pihak, dan pihak kerajaan sahaja tidak dapat menjayakan misi ini,” katanya.

Tambah Asyraf, semua strategi yang disebutkan tersebut hanya berkesan jika negara punya sebuah kerajaan yang stabil dan kompenten dan bukan kerajaan campuran bersifat hyrid.

Ini kerana kerajaan sedemikian akan terus dilihat goyah dan pasti pemain-pemain industri serta pelabur dalam pasaran buat tak endah.

“Persoalannya, apa pula peranan Majlis Pemulihan Ekonomi, Majlis Tindakan Ekonomi, Majlis Kos Sara Hidup dan lain-lain yang memakan jutaan kos?

“Malah banyak bidang kuasa juga nampak bertindan selain menteri-menteri sama juga dalam majlis-majlis ini!,” kata beliau. – Edisi 9

Baca juga:   Parlimen bubar, kerajaan sementara tadbir negara

Wartawan

Terkini

Ahmad Maslan, Steven Sim antara 27 dilantik Timbalan Menteri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen...

Lagi Artikel Berkaitan