24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Korporat, swasta disaran bersama pupuk murid cintai alam

Generasi muda pada hari ini perlu diterapkan elemen Harmoni, iaitu satu daripada 14 elemen dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT-SYARIKAT korporat dan swasta diseru untuk bersama-sama Kementerian Pendidikan memupuk rasa cinta murid terhadap alam sekitar.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, murid perlu yang disemai dan dijiwai dengan nilai cintakan alam berkenaan pastinya tidak sanggup membiarkan kelestarian alam atau kebersihan persekitaran diganggu dan dicemari.

“Generasi muda pada hari ini perlu diterapkan elemen Harmoni, iaitu satu daripada 14 elemen dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA.

“Keharmonian tidak hanya terhad kepada hubungan manusia dengan manusia, malah nilai murni itu juga melibatkan hubungan manusia dengan alam.

“Ini adalah demi mengekalkan kesejahteraan alam sekitar untuk generasi-generasi yang akan datang.

“Diharap lebih banyak syarikat korporat dan swasta tampil untuk bersama-sama KPM menjayakan program ini sebagaimana yang dijayakan oleh FGV Holdings Berhad (FGV),” katanya.

Radzi berkata demikian sempena Program Eksplorasi Alam Lestari, antara program di bawah inisiatif Sekolahku SEJAHTERA: Cinta Alam di Zoo Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Untuk rekod, sempena program yang julung-julung kali diadakan itu, seramai 100 orang murid tahap dua dari sekolah rendah menyertainya.

Advertisements

Program rintis anjuran bersama KPM menerusi Yayasan Didik Negara (YDN) dengan kerjasama FGV tersebut antara lain bertujuan memupuk kesedaran serta kecintaan murid terhadap alam sekitar sejak di peringkat awal persekolahan.

Ujar beliau, kerjasama strategik berkenaan pastinya akan membolehkan lebih banyak program seumpama itu dianjurkan sekaligus memberi manfaat kepada lebih ramai anak-anak generasi pewaris negara untuk turut serta.

“Selain Zoo Negara, Program Eksplorasi Alam Lestari ini juga akan diperluaskan ke lokasi lain di seluruh negara, termasuk pusat konservasi haiwan.

“Setakat ini sebanyak 10 lokasi telah dikenal pasti untuk penganjuran program seterusnya.

Radzi turut menzahirkan uacapan penghargaan dan terima kasih kepada YDN dan FGV atas inisiatif tersebut.

“Kepada anak-anak yang terlibat, pak cik harap kongsikan ilmu dan pengalaman tadi kepada ibu bapa, guru dan rakan-rakan lain di sekolah. KPM komited melakukan yang terbaik,”  katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan