27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kilang coklat terbesar dunia dicemari bakteria Salmonella

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGELUARAN produk oleh kilang coklat terbesar dunia di Belgium terpaksa dihentikan akibat penularan bakteria Salmonella.

Firma itu memaklumkan kilang gergasi Switzerland, Barry Callebaut di bandar Wieze, Belgium terpaksa menghentikan eksport produk serta-merta selepas penemuan bakteria berbahaya berkenaan.

Kilang itu juga mengeluarkan coklat cecair secara borong bagi 73 pelanggan seperti Hershey, Mondelez, Nestle dan Unilever.

Sehingga kini, tiada laporan diterima mengenai mana-mana pengguna coklat dijangkiti Salmonella yang menyebabkan salmonellosis iaitu penyakit yang menyebabkan cirit-birit dan demam.

Pihak kilang mengenal pasti lesitin iaitu pengemulsi yang biasa digunakan sebagai sumber pencemaran dalam pembuatan coklat.

Jurucakap, Korneel Warlop berkata, semua produk yang dikeluarkan sejak ujian dilakukan disekat serta-merta.

“Barry Callebaut sedang menghubungi semua pelanggan yang mungkin menerima produk tercemar.

“Pengeluaran coklat di Wieze digantung sehingga diberitahu kelak,” katanya.

Kebanyakan produk yang didapati tercemar masih berada di kilang itu dan pihak syarikat tidak akan menjual produk secara terus kepada pengguna.

Ini menunjukkan produk yang sudah tercemar belum dijual di pasaran lagi.

Bagaimanapun, pihak syarikat tetap menghubungi semua pelanggan dan meminta mereka tidak menghantar sebarang produk yang dibuat dengan coklat sejak 25 Jun lalu.

“Keselamatan makanan adalah sangat penting bagi Barry Callebaut dan pencemaran ini agak luar biasa.

“Kami mempunyai piagam dan prosedur keselamatan makanan yang jelas,” katanya.

Susulan itu, Agensi Keselamatan Makanan Belgium, AFSCA membuka siasatan mengenai kes tersebut.-AFP

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan