24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

AW139 perkukuh keselamatan maritim di Sabah, Sarawak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEROLEHAN tiga buah Helikopter AW139 yang kini dimiliki Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan membantu memperkukuhkan lagi pengawasan ruang udara di perairan maritim Sabah dan Sarawak.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penambahan aset itu dilakukan bagi memenuhi keperluan TLDM untuk memiliki Helikopter Operasi Maritim (HOM) agar dapat meningkatkan lagi kekuatan inventori mereka di Armada Timur.

Beliau berkata, dengan adanya aset baharu HOM itu, ia membolehkan TLDM melakukan rondaan dan penguatkuasaan dengan lebih kerap di perairan maritim Sabah dan Sarawak yang berkeluasan 315,263 km persegi.

“Tambahan aset baharu TLDM itu juga akan meningkatkan keupayaan operasi TLDM terutama dalam memelihara keselamatan dan kedaulatan negeri Sabah. Kita akan sentiasa melipatgandakan usaha memelihara kedaulatan dan keselamatan Sabah.

“Secara keseluruhan, tiga buah Helikopter AW139 yang telah dibeli, namun hanya dua diterima dan diserahkan hari ini (semalam) manakala, sebuah lagi dijangka tiba pada September,” katanya semasa perasmian Stesen Udara Kota Kinabalu (SUKK) dan penyerahan Helikopter Operasi Maritim (HOM) di TLDM Sepanggar semalam, lapor Kosmo!

Hishammuddin berkata, aset-aset tambahan sebegini penting bagi membolehkan kawalan keselamatan di perairan maritim dapat dipertingkatkan.

Advertisements

“Kementerian itu juga akan terus melihat keperluan-keperluan mendesak bagi mendapatkan perolehan aset bagi meningkatkan pengoperasian ATM.

“Sekiranya ada keperluan mendesak bagi mendapatkan perolehan aset, kita ada saluran kita iaitu antara ATM dan saya sendiri serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri untuk membincangkannya.

“Setakat hari ini, keperluan aset semasa difahamkan telah mencukupi termasuk aset yang baharu dibekalkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, penubuhan Skuadron 503 yang dilancarkan secara rasmi semalam akan meningkatkan kecekapan pengoperasian HOM kerana skuad itu akan bertanggungjawab memantau zon Maritim Malaysia serta Maritime Domain Awareness (MDA) dan over the horizon targeting (OTHT); menjalankan operasi pasukan khas; dan latihan krew udara dan warga kapal.

Di samping itu, Skuadron 503 juga akan melaksanakan tugas-tugas sekunder merangkumi tugas membantu operasi mencari dan menyelamat; membantu misi pemindahan perubatan (Medevac), pemindahan kematian (Casevac) dan membantu misi bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR).

Di peringkat awal, Skuadron 503 ini akan beroperasi dengan kekuatan seramai 25 pegawai dan 92 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang akan ditugaskan di empat bahagian iaitu keselamatan penerbangan; operasi dan latihan; pentadbiran dan logistik; serta kejuruteraan udara.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan