28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 18, 2022

Keputusan tawaran ke Tingkatan Enam diumum 7 Julai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 akan diumumkan pada hari Khamis 7 Julai 2022.

Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 boleh membuat semakan keputusan tersebut melalui pautan https://sst6.moe.gov.my.

Selain itu, para pelajar terbabit yang tidak mempunyai capaian internet boleh menyemaknya melalui sekolah asal masing-masing.

“Pelajar lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui https://sst6.moe.gov.my mulai 7 hingga 24 Julai 2022.

“Bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing,” kata kementerian itu dalam kenyataannya hari ini.

KPM berkata, keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos melalui portal yang sama.

Katanya, bagi pelajar yang tidak mempunyai capaian internet pula, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.

Baca juga:   17 MPV polis kejar 'tokan' dadah

Tambahnya, pelajar yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di kolej atau pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran.

Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos 2022. – Edisi 9

Terkini

Empat pemancing selamat, bot terbalik di Mersing

EMPAT pemancing ditemui selamat setelah berdepan detik cemas, selepas bot yang dinaiki mereka terbalik di perairan Pulau Tengah, Mersing,...

Lagi Artikel Berkaitan