26 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Kanak-kanak didera ibu bapa angkat dalam jagaan JKM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menempatkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang disyaki didera ibu angkatnya, di pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, kanak-kanak itu yang kini sedang menerima rawatan lanjut di hospital akan ditempatkan di pusat jagaan itu sehingga perbicaraan kes berkenaan selesai.

“Pihak JKM hadir ke hospital bersama pelindung kanak-kanak untuk meneruskan siasatan selain memastikan dia dijaga dengan lebih baik.

“Apa yang penting sekarang ialah kita mahu pastikan kanak-kanak itu terus berada dalam keadaan yang sihat apabila dibenarkan keluar dari hospital nanti,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kes penderaan membabitkan kanak-kanak itu pada Sabtu.

Baru-baru ini, tular video berdurasi 27 saat memaparkan seorang wanita yang dipercayai ibu angkat kepada kanak-kanak berusia empat tahun tersebut memukul anak angkatnya itu menggunakan kayu penyapu hanya kerana mangsa enggan makan nasi.

Baca juga:   Dua juta belia dapat manfaat ePemula - PM

Sementara itu, Rina berkata, pihaknya turut berterima kasih kepada individu yang melaporkan kejadian berkenaan dan berharap masyarakat umum sentiasa prihatin serta cakna dengan kes penderaan yang mungkin berlaku di sekeliling mereka.

“Sekiranya ada yang mengetahui kes penderaan, perkara pertama yang mereka boleh lakukan ialah buat laporan polis atau menghubungi Talian Kasih menerusi talian bebas tol 15999. Mereka juga boleh terus pergi ke mana-mana Pejabat JKM yang terdekat untuk melaporkan kejadian itu,” katanya.

Baca juga:   JKM ada alasan kukuh sita Rumah Bonda

Terdahulu, Rina merasmikan Program Jerayawara dan Karnival Bangkit Wanita KPWKM Zon Utara di pusat beli-belah Aman Central, Alor Setar, Kedah yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat, bertujuan memberi peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan menerusi keusahawanan kepada golongan wanita.

“Hampir 5,000 peluang pekerjaan dan keusahawanan ditawarkan dalam program ini. Kementerian ingin membantu golongan wanita meningkatkan taraf ekonomi keluarga kerana ramai yang terkesan dalam tempoh dua tahun sebelum ini akibat pandemik Covid-19.

“Sehingga Julai ini, program Bangkit Wanita telah membantu lebih 40,000 wanita di seluruh negara dan diharap ia dapat membantu lebih ramai lagi wanita untuk keluar daripada kepompong kemiskinan, selain memberi semangat untuk mereka terus bangkit,” katanya. — BERNAMA

Wartawan

Terkini

Barisan kepimpinan PDRM, kunjungan hormat ke atas PM

BARISAN Kepimpinan PDRM diketuai Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini mengadakan kunjungan hormat...

Lagi Artikel Berkaitan