26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Lima maut nahas dua kenderaan di Gerik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LIMA dilaporkan maut dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli hari ini.

Mangsa maut dikenali, Mohd Rodhi Othman, 58 tahun; Ahmad Khomaini Abu, berusia 30-an; Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59 tahun; Siti Aishah Mohd Rodhi, 32 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan Zara Hana Ahmad Khomaini; 5 tahun.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 5 petang itu melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dengan pacuan empat roda Toyota Hilux.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood ketika dihubungi berkata, maklumat lanjut mengenai kemalangan itu sedang diperincikan.

Advertisements

“Saya sahkan kemalangan itu berlaku dan siasatn lanjut berhubung kejadian itu sedang dikenal pasti,”katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Perak memaklumkan kejadian melibatkan tujuh orang mangsa yang mana dua mengalami cedera ringan.

Katanya lagi, mangsa-mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Jeli untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala mangsa-mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan