31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Hayati kisah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail mendepani cabaran hidup

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk menghayati kisah Nabi Ibrahim AS dan anakanda baginda, Nabi Ismail AS dalam mendepani cabaran hidup seharian.

Menurut Perdana Menteri, Aidiladha memberi pengertian yang amat besar kepada umat Islam kerana ia berkait rapat dengan keinsafan, pengorbanan, kebersamaan dan kesyukuran.

“Maka, dengan nilai-nilai ini kita dapat meneruskan kehidupan yang lebih harmoni di sebalik pelbagai ketidaktentuan dunia yang berlaku pada hari ini.

“Malah semangat toleransi yang berasaskan konsep Tasamuh dalam Islam menjadi salah satu elemen penting untuk mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” kata beliau dalam perutusan khas sempena Hari Raya Aidiladha malam ini.

Ismail Sabri berkata, sikap berlapang dada membolehkan negara terus maju membangun dan mencegah diri daripada perbalahan yang hanya merugikan ummah.

Beliau berkata, nilai Tasamuh itu turut tersemat erat dalam urusan ibadah haji kerana ibadah itu tidak membezakan status dan darjat sesama insan, malah ia menggambarkan sebuah keluarga besar yang rukun, aman damai dan bersatu padu.

“Kesanggupan berkorban harta kekayaan bagi membantu yang daif adalah kebajikan yang diseru oleh Islam. Ia adalah simbol ketaatan, ketakwaan dan kehambaan kita kepada Maha Pencipta,” kata beliau.

Baca juga:   PRU15: SPRM buka bilik gerakan di seluruh negara

Ismail Sabri berkata, Aidiladha juga mengajar kita mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT dan berkorban untuk membantu yang memerlukan dan menginsafi nasib mereka yang lebih daif dengan melakukan kebajikan agar yang miskin tidak terpinggir.

Baca juga:   Sanggup beratur panjang beli persiapan Aidiladha

Beliau berkata, ia selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang saya cetuskan pada Ogos tahun lalu iaitu bagi memastikan tidak ada Keluarga Malaysia yang ketinggalan atau “no one will be left behind”.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa mendengar dan memahami denyut nadi seluruh Keluarga Malaysia yang kehidupan seharian mereka terjejas ekoran konflik geopolitik dan perubahan iklim global.

“Kerajaan pada masa kini sedaya upaya berusaha untuk menangani impak inflasi global termasuk menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

“Pasukan ini berperanan menyatukan semua kementerian dan agensi-agensi berkaitan bagi menyelesaikan kesulitan yang dihadapi oleh Keluarga Malaysia dengan segera,” kata beliau.

Bagaimnapun, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak dapat melakukannya sendirian dan menyeru seluruh Keluarga Malaysia bersama-sama berganding bahu berjihad untuk memastikan ekonomi negara kembali pulih.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mendoakan agar lebih 14,000 jemaah Malaysia yang menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci Mekah dipermudahkan urusan dan dikurniakan haji yang mabrur.

Pada masa yang sama, beliau berharap, semua pihak mengetepikan perbezaan fahaman politik dan membuktikan keinsafan serta kesyukuran dengan sama-sama meningkatkan martabat ummah serta memupuk hubungan yang baik dengan rakan-rakan daripada keturunan dan agama yang lain.

“Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga dengan semangat pengorbanan yang diamalkan oleh Keluarga Malaysia, kita mampu menjadikan tanah air ini kalis cabaran, kukuh dan terus maju mendepani apa jua situasi dan cabaran mendatang.

Baca juga:   Dakwaan PM ditekan usaha pecah-belahkan parti - Mahdzir
Baca juga:   MTKB tentu dasar, strategi pelaksanaan WKB 2030

“Di kesempatan ini, saya, isteri serta seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Keluarga Malaysia beragama Islam walau di mana sahaja anda berada,” kata Perdana Menteri. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Sokong pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura

PRESDIEN Singapura Halimah Yacob memaklumkan akan menyokong saranan untuk mengadakan pertukaran yang lebih besar antara pergerakan Pandu Puteri negaranya...

Lagi Artikel Berkaitan