Thursday, June 4, 2026

Guru KAFA disyaki hempas murid hingga patah kaki direman

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah di Marang, direman tiga hari selepas disyaki menghempas seorang anak murid lelakinya sehingga patah kaki.

Perintah reman terhadap lelaki itu yang bermula hari ini hingga Ahad itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Rabiatul Adawiyyah Che Khalid.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, perintah reman tersebut bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Sebelum ini, seorang murid lelaki berusia sembilan tahun dilapor patah kaki kanannya selepas didakwa dihempas ke atas kerusi oleh seorang guru KAFA sewaktu sesi pengajaran pada 6 Julai lepas.

“Kejadian itu dikatakan dilakukan kerana guru KAFA tersebut berang dengan perlakuan murid Tahun Tiga berkenaan di dalam kelas. –BERNAMA

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan