26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bela nasib rakyat, daripada lantik TPM – Syed Saddiq

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAKYAT mahu kerajaan membela nasib mereka menangani kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini berbanding memiliki seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) baharu.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memikirkan kesengsaraan rakyat yang sedang bergelut menghadapi kadar inflasi tinggi ketika ini.

“Rakyat tengah sengsara, yang difikirkan jawatan dan kuasa.

“Rakyat Malaysia sedang mengalami salah satu tempoh yang paling mencabar dalam disebabkan oleh inflasi yang lebih tinggi, yang bermakna peningkatan harga makanan dan kos sara hidup.

“Sewaktu rakyat dalam kesusahan dengan kos sara hidup yang masih meningkat, kenapa orang atasan politik masih boleh fikirkan tentang kuasa? Rakyat tak mintak pun ada Timbalan Perdana Menteri,” katanya di Facebook, hari ini.

Syed Saddiq yang juga Presiden parti MUDA kesal dengan politikus yang mengejar jawatan dan kuasa sekali gus mengabaikan rakyat yang semakin tertekan dengan peningkatan kos sara hidup.

“Banyak B40 dan M40 terpaksa membuat keputusan yang sukar untuk tangani kos sara hidup yang makin membebankan.

Advertisements

“Ada yang sampai terpaksa duduk di rumah sahaja untuk berjimat. Tetapi apa yang difikirkan oleh mereka, siapa dapat jawatan, siapa yang dapat kuasa.

“Harga ayam makin naik. Harga minyak masak makin naik. Makin lama makin mahal nak hidup,” katanya.

Isu jawatan Timbalan Perdana Menteri dibangkitkan oleh Bersatu, parti yang pernah Syed Saddiq sendiri antara pengasasnya, yang menuntut jawatan itu diisi berdasarkan perjanjian yang pernah dibuat dengan Ismail Sabri.

Perkara itu timbul apabila Perdana Menteri sehingga kini belum membuat keputusan berhubung kedudukan Datuk Zuraidah Kamaruddin dalam Kabinet setelah Ahli Parlimen Ampang itu meninggalkan Bersatu.

Hilang satu kerusi dalam Kabinet, Bersatu mula membuat tuntutan agar tempat Zuraidah diisi oleh wakil parti itu yang lain.

Apabila Ismail Sabri terus membisu soal tersebut, Bersatu mula membangkitkan soal perjanjian yang dibuat ketika menyokong pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri iaitu kerusi Timbalan Perdana Menteri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan