28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Elektrik terputus: Siasatan tentukan layak atau tidak terima rebat

Siasatan melalui GSL merupakan dokumen Standard Prestasi Perkhidmatan yang telah ditetapkan ST dalam memastikan kualiti bekalan elektrik dan perkhidmatan yang diberikan oleh TNB dalam keadaan yang terbaik.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SIASATAN gangguan bekalan elektrik melibatkan beberapa kawasan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia Rabu lalu akan menentukan sama ada pengguna layak mendapat rebat atau sebaliknya.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, siasatan berkenaan dijangka selesai dalam masa satu bulan daripada tarikh kejadian.

Menurutnya, Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih menjalankan siasatan dalam pelbagai aspek selain meneliti dan menentukan sama ada kejadian tersebut mematuhi Standard Prestasi Perkhidmatan (GSL) TNB atau sebaliknya.

“Siasatan bagi memastikan punca dan kesan gangguan, pematuhan GSL dan seterusnya akan menjadi asas penentuan sama ada pelanggan yang terlibat layak diberikan rebat atau pun tidak.

“Siasatan melalui GSL merupakan dokumen Standard Prestasi Perkhidmatan yang telah ditetapkan Suruhanjaya Tenaga dalam memastikan kualiti bekalan elektrik dan perkhidmatan yang diberikan oleh TNB dalam keadaan yang terbaik.

“Sekiranya pihak TNB gagal mematuhinya, penalti akan dikenakan dalam bentuk rebat kepada pengguna yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Bagaimanapun menurut beliau, keputusan muktamad kelayakan pelanggan untuk mendapatkan rebat adalah tertakluk kepada hasil siasatan yang sedang dijalankan.

“Pelaksanaan GSL diwujudkan bagi menjaga kepentingan pengguna dan meningkatkan prestasi perkhidmatan TNB. Standard Prestasi Perkhidmatan bekalan elektrik ini boleh didapati di laman sesawang Suruhanjaya Tenaga,” katanya.

27 Julai lalu, media melaporkan kira-kira sejuta pengguna di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia dilaporkan terjejas berikutan gangguan bekalan elektrik yang tercetus mulai pukul 12.39 tengah hari.

Bagaimanapun, bekalan elektrik dapat dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit hingga 2 jam 21 minit, iaitu tidak melebihi GSL terkini yang telah diluluskan pada 22 September 2020. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan