25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Datuk, cucu Orang Asli maut bertembung kenderaan

Mangsa dikenali Alim Akai, 62, dan cucu lelaki yang belum dikenal pasti identiti berusia lingkungan 12 tahun itu maut di tempat kejadian.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki dan cucunya maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Pahang, hari ini.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa dikenali Alim Akai, 62, dan cucu lelaki yang belum dikenal pasti identiti berusia lingkungan 12 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 10.46 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Alphard dan motosikal jenis Honda ditunggang mangsa.

Advertisements

“Ketika anggota tiba di lokasi, kedua-dua mangsa berketurunan Orang Asli itu berada dalam semak selepas tercampak akibat pelanggaran dengan kereta dinaiki empat individu.

“Kedua-dua mangsa yang tidak sedarkan diri itu kemudian dibawa ke tepi jalan sebelum mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, pemandu dan penumpang kenderaan tidak tersepit namun seorang daripada mereka mengalami kecederaan pada bahagian muka. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan