24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

2,720 kes Covid-19 semalam, 5 kes import

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan Covid-19 di negara ini merekodkan sebanyak 2,720 kes semalam termasuk lima kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,613,781 kes setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 4,012 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 sebanyak 4,567, 485 kes.

Katanya, sebanyak 48,252 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah negatif 1,295 kes semalam.

Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 989 kes.

Diikuti Perak (253), Kuala Lumpur (240), Pulau Pinang (236), Sabah (226), Negeri Sembilan (215), Johor (201), Melaka (131) dan Kedah (101).

Advertisements

Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Putrajaya (55), Kelantan (49), Sarawak (41), Pahang (38), Terengganu (29), Perlis (6) dan Labuan (4).

Dalam perkembangan sama, sebanyak lima kematian dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,914.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,625 setakat ini.

Sebanyak 46,632 kes dikuarantin di rumah, 24 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara, sebanyak 1,542 kes di hospital, 22 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 32 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan