32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Pekerja loji kumbahan terperangkap tanah jerlus diselamatkan

Mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pekerja baik pulih loji kumbahan di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor yang sebelum ini dilaporkan terperangkap dalam tanah jerlus berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat.

Polis Daerah Kota Tinggi menerusi Facebook berkata, mangsa dikeluarkan kira-kira pukul 6.42 petang dan dihantar ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar bagi menerima rawatan.

Katanya, hasil pemeriksaan Pegawai Perubatan mendapati mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussein Zamora berkata, kira-kira pukul 2.40 petang, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan satu kejadian tanah runtuh atau jerlus di sekolah berkenaan.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan pegawai kanan dan anggota polis dari Balai Polis Bandar Penawar telah digerakkan untuk mengawal situasi di tempat kejadian.

“Operasi menyelamat ini turut dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Balai Bomba Bandar Penawar & Balai Bomba Sebana Cove). Kementerian Kesihatan Malaysia (Klinik Kesihatan Bayu Damai ), Syarikat Prospek Qaraeez (Panel Kontraktor Indah Water Konsortium),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau, hasil siasatan yang dijalankan, seramai empat orang pekerja Syarikat Prospek Qaraeez (Panel Kontraktor Indah Water Konsortium) sedang menjalankan kerja-kerja membaikpulih loji kumbahan di sekolah tersebut.

“Semasa proses kerja dijalankan, tanah di tepi tangki logi kumbahan telah runtuh atau jerlus menyebabkan satu mangsa terperangkap dan tertimbus hingga ke paras pinggang manakala tiga lagi pekerja sempat menyelamatkan diri.

“Usaha menyelamatkan mangsa yang tertimbus sedang giat dijalankan. Mangsa seorang lelaki tempatan, berumur 44 tahun berada dalam keadaan stabil.

Susulan kejadian berkenaan, sepasukan tujuh anggota dengan diketuai komander operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Masri Ibrahim, bergegas ke tempat kejadian.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan