Wednesday, July 22, 2026

UMNO Terengganu mahu Zahid terus terajui parti

Terus memimpin parti untuk membawa kejayaan lebih besar dan cemerlang pada PRU-15.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa terus mempertahankan jawatan dan tidak berganjak dengan gesaan pihak tertentu yang mahukan beliau berundur.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku, berkata kepimpinan parti termasuk pemimpin tiga sayap di negeri ini memutuskan bekas timbalan perdana menteri itu perlu mempertahankan jawatan dan kedudukannya menerajui UMNO.

“UMNO negeri mahu Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk tidak perlu melayani desakan supaya berundur, sebaliknya digesa terus memimpin parti untuk membawa kejayaan lebih besar dan cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Kita mengiktiraf kejayaan parti di bawah kepimpinannya termasuk kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK),” katanya di Kuala Terengganu seperti dilaporkan BH Online, hari ini.

Nik Dir yang juga Ketua UMNO bahagian Marang berkata, antara kejayaan paling besar Ahmad Zahid sepanjang menerajui parti adalah memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor, selain kejayaan mengambil alih Perak daripada terus diterajui pembangkang.

“Pimpinan Ahmad Zahid juga berjaya membantu rakan Barisan Nasional (BN) iaitu parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN di negeri itu,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan