28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 18, 2022

Kaki mengintai, mencuri dicekup polis

Polis berjaya menyelesaikan dua kes pecah rumah, kes curi dalam bangunan (dua), curi motosikal (satu), dan mengintai (satu)

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang lelaki disyaki terlibat dengan beberapa kes pecah rumah, curi dan mengintai di kawasan perumahan Seksyen 14, Petaling Jaya, 22 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 35 tahun mendakwa pelbagai barang peribadi miliknya telah hilang disyaki akibat pecah masuk.

Menurutnya, pada 22 Jun lebih kurang jam 1.15 tengah hari polis menerima laporan daripada mangsa seorang wanita tempatan yang menyedari tingkap biliknya telah terbuka pada jam 8 pagi.

“Mangsa telah membuat pemeriksaan di sekitar kawasan rumah dan mendapati pintu pagar rumah telah dirosakkan.

“Mangsa mendapati telefon bimbit, kunci almari, kunci pejabat, dokumen bank dan set alat kosmetik telah hilang,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga:   Pengarah Yusof Kelana meninggal dunia akibat kanser kulit

Fakhrudin berkata, bertindak di atas maklumat, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan di kawasan Seksyen 4 di sini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemukan polis dengan pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dan curi termasuk wang tunai, kotak perhiasan, kasut, barangan elektronik dan perhiasan emas.

“Polis turut merampas sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di kawasan Petaling Jaya,” katanya.

Menurutnya, semakan rekod lampau mendapati suspek seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun mempunyai tiga rekod jenayah dan satu rekod kesalahan berkaitan dadah.

Baca juga:   Lelaki ditendang gara-gara rakam gambar tapak berniaga

“Hasil soal siasat mendedahkan penglibatan suspek dalam kes jenayah lain. Dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan dua kes pecah rumah, kes curi dalam bangunan (dua), curi motosikal (satu), dan mengintai (satu),” ujarnya.

“Suspek direman tujuh hari bermula Rabu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Tiga lelaki dipenjara lapan bulan, denda RM1,000 cedera guru tahfiz

MAHKAMAH Majistret hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan kepada tiga lelaki selepas mereka mengaku bersalah mencederakan seorang tenaga...

Lagi Artikel Berkaitan