26.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

‘The Biggest Climbers’ gelaran untuk Harimau Malaya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA tersenarai sebagai antara empat pasukan yang mencatat kenaikan mendadak dalam kedudukan terbaru ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), 23 Jun lepas.

Harimau Malaya naik tujuh anak tangga ke ranking 147 dunia berbanding pada Mac lalu berada di ranking ke-154.

Kenaikan mendadak itu kesan daripada kejayaan skuad kendalian Kim Pan Gon yang mencatat dua kemenangan ke atas Turkmenistan (3-1) dan Bangladesh (4-1) ketika aksi Kelayakan Piala Asia 2023 sebelum ini.

Advertisements

Bukan sahaja itu malah, keputusan positif dalam aksi persahabatan iaitu ketika meraih kemenangan 4-0 ke atas Brunei (4-0) dan menundukkan Hong Kong 2-0 turut menjadi penyumbang kepada kenaikan ranking Harimau Malaya.

Selain Malaysia, tiga lagi negara yang mendapat gelaran The Biggest Climbers adalah Greece, Cuba dan Kazakhstan sepertimana diumumkan, FIFA World Cup menerusi Twitternya hari ini.

Perkembangan itu sudah pasti menjadi satu lagi perkara yang positif buat Harimau Malaya selepas kejayaan menamatkan badi 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan