Wednesday, July 22, 2026

Selepas Zuraidah, Mohammadin pula tinggalkan Bersatu

Tidak diberi sebarang jawatan di peringkat Parlimen dan kawasan menjadi sebab beliau meninggalkan parti

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammadin Ketapi mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas lapan bulan menyertai parti tersebut.

Beliau merupakan ahli Parlimen kedua daripada parti itu yang meninggalkan Bersatu dalam tempoh sebulan selepas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin bertindak sedemikian pada bulan lalu.

Mohammadin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama berkata, beliau kini bergelar wakil rakyat bebas dan setakat ini tidak menyertai mana-mana parti politik lain.

“Hari ini saya ingin mengumumkan keluar daripada Bersatu yang saya anggotai sejak November 2021.

“Keputusan keluar daripada Bersatu ini dibuat kerana saya tidak diberi peranan seperti yang dijanjikan untuk memperkukuhkan parti berkenaan sebelum ini.

Lapan bulan selepas menyerahkan borang keahlian Bersatu, Mohammadin Ketapi mengambil keputusan meninggalkan parti itu hari ini.

“Saya telah dijanjikan peranan untuk memimpin parti di kawasan saya di Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama namun selepas lebih enam bulan, tiada sebarang peranan yang diberikan.

“Malahan saya dan penyokong-penyokong yang telah memberi kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 yang lalu dan Parlimen Lahad Datu sudah diketepikan,” katanya ketika sidang media khas sebentar tadi.

Bekas Menteri Pelancongan itu menyertai Bersatu pada November tahun lalu selepas meninggalkan parti Warisan pada Oktober tahun tersebut. 

Mohamaddin merupakan antara Ahli Parlimen yang menolak Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti dan menganggap akta itu tidak wajar dilaksanakan serta tidak munasabah untuk dibahaskan.

“Wakil rakyat ini berhijrah ke lain parti untuk memperkembang dan menyelesaikan masalah rakyat. Kalau pemimpin macam kita ini melompat demi rakyat, bah,” kata beliau.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan