25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Ramai penyokong kesal De Paula, Sumareh dikekalkan

Kedua-dua pemain naturalisasi itu berada dalam senarai akhir skuad Pan Gon mengharungi Kelayakan Piala Asia mulai Rabu ini

Mesti Baca

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon hari ini mengekalkan Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh mengharungi Kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula Rabu ini.

Kedua-dua pemain naturalisasi yang dianggap ‘barai’ ketika perlawanan persahabatan menentang Brunei dan Hong Kong tempoh hari, turut berada dalam senarai 23 pemain terakhir yang kekal.

De Paula berjaya menjaringkan gol melalui sepakan penalti ketika Malaysia menundukkan Brunei 4-0 namun ketika menewaskan Hong Kong 2-0, kedua-dua pemain yang dimasukkan di separuh perlawanan separuh masa kedua gagal menyerlah.

Keberadaan terutama De Paula dalam senarai akhir pemain yang membawa cabaran di Stadium Nasional Bukit Jalil itu mengundang rasa tidak puas hati kebanyakan peminat dan penyokong tempatan.

Berdasarkan maklum balas menerusi Twitter Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ramai kalangan warganet mempersoalkan pemilihan kedua-dua pemain tersebut.

Sehinggakan ada dalam kalangan mereka menuduh pengurusan FAM campur tangan dalam pemilihan pemain sehingga memaksa Pan Gon mengekalkan De Paula.

Rata-rata menganggap De Paula tidak mempunyai fungsi dalam skuad Pan Gon manakala Sumareh pula lemah daripada segi mental sehingga sering menyusahkan pasukan.

Sumareh tetap diberi kepercayaan jurulatih Kim Pan Gon. – Sumber: FAM

“Hari tu nasib baik perlawanan persahabatan. Elok kena kad merah je…” komen seorang peminat mengulas tindakan kasar Sumareh terhadap pemain Hong Kong.

Ada juga menganggap De Paula dan Sumaerh menjadi pemain ‘penting’ kepada skuad Harimau Malaya sebagai “penghibur” atau bagi mengelirukan pasukan sendiri ketika Syafiq Rahim bertindak sebagai playmaker sementara Safawi Rasid, Arif Aiman, Akhyar Rashid dan Darren Lok sebagai penggempur.

Bagaimanapun, ada kalangan peminat dan penyokong positif dengan pemilihan De Paula dan Sumareh yang dianggap sebagai “senjata rahsia” Pan Gon terutama berdepan Turkmenistan dan Bahrain.

“Ada sebab De Paula dan Sumareh kekal, mungkin faktor fizikal nak lawan dengan Bahrain dan Turkmenistan,” komen seorang peminat.

Selain De Paula dan Sumareh, para pemain lain yang dikekalkan rata-rata pemain regular Harimau Malaya kecuali Khuzaimi Piee, V. Ruventhiran, Darren Lok serta penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi.

Sementara itu, FAM berkata, para pemain yang tidak berada dalam senarai 23 terakhir tetap akan berada dalam senarai bersedia sekiranya penggantian pemain perlu dilakukan.

Mereka ialah Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Afiq Fazail, R. Kogileswaran, Shahrul Nizam Ros Hasni, Liridon Krasniqi dan Norshahrul Idlan Talaha.

Manakala Syahmi Safari telah dilepaskan daripada kem latihan pusat pada 31 Mei lalu kerana masalah kesihatan.

Malaysia yang beraksi dalam Kumpulan E akan berdepan dengan Turkmenistan pada 8 Jun ini diikuti menentang Bahrain pada 11 Jun dan bertemu Bangladesh pada 14 Jun.

Juara kumpulan secara automatik layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 manakala enam pasukan di tempat kedua akan bersaing untuk merebut lima tempat lagi. – Edisi 9

Terkini

Malaysia, UNDP perbaharui kerjasama sehingga 2025

PARLIMEN Malaysia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bersetuju memperbaharui kerjasama merangkumi sistem Jawatankuasa Pilihan Khas di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan