32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Lebih 1,000 rakyat Malaysia jadi scammer di luar negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BIRO Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA memaklumkan pihaknya me­nerima sebanyak 74 kes membabitkan sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan di luar negara bagi tempoh Januari lalu sehingga semalam.

Ketuanya, Datuk Seri Micheal Chong berkata, daripada 74 kes itu, 23 individu berjaya diselamatkan dengan 11 individu berjaya kembali ke tanah air.

“Sejumlah 12 lagi masih berada di pusat tahanan di negara luar.

“Daripada 74 kes itu juga, sebanyak 45 laporan polis adalah yang dibuat oleh ahli keluarga mangsa sendiri,”katanya, lapor Kosmo!.

Jelas beliau, pihaknya me­nganggarkan kemungkinan lebih 1,000 mangsa yang terpedaya dengan sindiket penipuan dan telah diseludup ke luar negara.

“Kita percaya kebanyakan mangsa terbabit terdiri daripada golongan muda yang berusia seawal 14 tahun,” katanya.

Justeru itu, Micheal menasihati orang ramai agar lebih peka dan berhati-hati dengan tawaran kerja yang dilihat di media sosial bagi mengelak menjadi mangsa pemerdagangan ke luar negara.

“Isu pemerdagangan orang ini semakin serius sejak kebelakangan ini ekoran ramai golongan muda kita menjadi mangsa.

“Jadi saya minta orang muda agar berhati-hati dalam memilih tawaran kerja supaya tidak di­eksploitasi oleh sindiket peni­puan yang hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata,” katanya.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan