24 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Ini bukan tahun 2018 mahu perbodoh rakyat – Ahmad Zahid

Mujur kerajaan 22 bulan sudah lama tumbang kerana berebut jawatan Perdana Menteri sesama mereka.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMBANGKANG dinasihatkan untuk mengadakan perhimpunan “Sayangi Pembangkang, Sayangi Harga Naik”, sindir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sindiran berkenaan dikongsikan beliau dalam satu hantaran di Facebook rasminya bersama keratan akhbar sebagai mengenang apa yang telah pembangkang katakan sebelum ini.

“Ini bukan tahun 2018 yang semudah itu mahu memperbodohkan rakyat lagi. Rakyat tidak pernah lupa akan apa yang telah dilaksanakan oleh mereka (pembangkang) ketika itu.

“Mujur kerajaan 22 bulan sudah lama tumbang kerana berebut jawatan Perdana Menteri sesama mereka.

“Barangkali hari ini lebih teruk rakyat dituduh sebagai pemalas dan cemburu dengan orang kaya,” kongsinya hari ini.

Ujar Ahmad Zahid lagi, pihaknya menyokong sebarang langkah dan usaha untuk menurunkan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

“Bagaimanapun rakyat sangsi niat sebenar pembangkang mahu adakan perhimpunan harga barang.

Baca juga:   Zahid jadi mangsa fitnah, nafi tulis amanat palsu

“Rakyat tidak naif untuk tidak mengetahui pembangkang yang mempertahankan kerajaan campuran.

“Pembangkang yang pertahankan kerajaan campuran dan pembangkang yang mahu adakan demontrasi hentam kerajaan campuran… dan tiba-tiba UMNO/BN pula dijadikan sasaran dalam agenda demonstrasi mereka?

Terdahulu menurut beliau, sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia rakyat sudah terbeban dengan kenaikan harga barang.

“Sebelum konflik Rusia-Ukraine berlaku pun rakyat sudah mengeluh dengan keadaan harga barangan.

“Respons pembangkang sebagai kerajaan 22 bulan ketika itu rakyat jangan bergantung bantuan kerajaan.

“Rakyat jangan jadi pemalas dan kena ikat perut. Harga barang naik sebab harga barang degil tak nak turun harga.

Baca juga:   PH kekal calonkan Anwar, Mahathir mula dipinggirkan?

Semalam, Polis sudah mengenal pasti kira-kira 30 peserta yang terlibat dalam satu himpunan haram atau ‘Flashmob Turunkan Harga Barang’ yang diadakan berhampiran bulatan Seberang Jaya dekat sini kira-kira pukul 5 petang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, selain peserta, penganjur himpunan terbabit juga telah dikenal pasti.

“Setakat ini, seramai lapan daripada 30 peserta telah hadir memberi keterangan manakala saki-baki peserta terlibat masih lagi diburu polis.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Ahmad Maslan, Steven Sim antara 27 dilantik Timbalan Menteri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen...

Lagi Artikel Berkaitan