28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Warga emas hadapi 17 pertuduhan rogol, amang seksual

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG warga emas berusia 74 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini atas 17 pertuduhan rogol dan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak yang juga adik beradik sejak 2014.

Tertuduh, Ashaari Ibrahim yang berbaju Melayu kelabu dan berkain pelikat dihadapkan di dua mahkamah berasingan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh antara 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018 dituduh merogol kanak-kanak berusia tujuh tahun yang juga adik mangsa di sebuah rumah di Kampung Setol, Jalan Baru Prai, Bukit Mertajam.

Sabit kesalahan, tertuduh yang juga guru mengaji dua kanak-kanak itu boleh dihukum mengikut Seksyen 376(1)(e) Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara 20 tahun serta boleh disebat.

Dalam tempoh sama, tertuduh turut berdepan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa di rumah sama dengan kejadian terakhir berlaku antara 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020.

Berikutan itu, tertuduh berdepan tuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof dan minta dibicarakan.

Noor Aini mengarahkan tiada jaminan dikenakan terhadap tertuduh dan menetapkan 29 Julai depan untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.

Advertisements

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di mahkamah berasingan, tertuduh antara 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014 dituduh merogol kakak mangsa yang ketika itu berusia lima tahun di lokasi sama.

Tertuduh turut berdepan tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan kejadian terakhir pada Mac 2021 ketika mangsa berusia 11 tahun.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohd Yunus dan minta dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Aisyah Al Humairah Kamaruzaman memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana dibimbangi akan mengganggu mangsa dan 10 kanak-kanak lain.

Tertuduh dalam rayuannya merayu diberikan jaminan atas alasan isterinya tidak sihat.

Bagaimanapun, Norhayati mengarahkan tiada jaminan dikenakan terhadap tertuduh dan menetapkan 29 Julai depan untuk serahan laporan perubatan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing

SEORANG pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan