30.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Hukuman mati masih ada – PM

Bagi memberi peluang kedua kepada pesalah atas budi bicara hakim kepada mereka yang dirasakan layak.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan pemansuhan hukuman mati mandatori bukan bermaksud tiada lagi pelaksanaan hukuman mati dalam sistem keadilan jenayah negara.

Beliau sebaliknya berkata, hukuman mati tetap dilaksanakan cuma tiada lagi mandatori bagi memberi pilihan kepada hakim untuk menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.

Ia juga katanya, bagi memberi peluang kedua kepada pesalah atas budi bicara hakim kepada mereka yang dirasakan layak.

“Mesyuarat Kabinet minggu lalu kita dapat laporan jawatankuasa berkaitan untuk melihat cadangan hukuman mandatori dipinda. Hukuman mati tidak dimansuh kena faham ia masih kekal ada, tetapi mandatori ditukar kepada budi bicara.

“Sebagai contoh Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB), hakim tiada pilihan terikat mesti jatuhkan hukuman mandotari sedangkan kadang-kadang melibatkan anak-anak muda umur 18 tahun, hakim mungkin punya pandangan anak muda ini teraniaya ada dadah dalam beg, tetapi tidak dapat buktikan siapa yang bagi.

Baca juga:   Menteri minta kondo batal kompaun kanak-kanak 1 tahun

“Akhirnya hakim tiada pilihan perlu jatuhkan hukuman gantung sampai mati mandotari walaupun hakim anggap budak muda ini patut diberikan peluang untuk hidup dan boleh berubah

“Jadi kita berpandangan, setiap manusia perlu diberi peluang kedua, jadi hakim ada dua pilhan kalau dia rasa itu memang penjenayah tegar, mengedar dadah menyebabkan ribuan orang mati, boleh dijatuhkan hukuman mati dan kalau ikut budi bicara hendak beri hukuman seumur hidup dengan sebat sekali, jadi dia boleh pinda hukuman mandatori kepada hukuman lebih ringan,” katanya seperti dilaporkan Kosmo Online.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-23 Persatuan Orang Asli Semenanjang Malaysia (Poasm) di Bera, Pahang, hari ini.

Baca juga:   Penjawat awam keturunan Siam dapat cuti tanpa rekod - PM

Kerajaan semalam bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah sebagai usaha menambah baik sistem keadilan jenayah negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipetik berkata, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lalu.

Wan Junaidi berkata, kerajaan juga secara prinsipnya menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian tersebut. 

Baca juga:   Rakyat tuntut simpanan sendiri bukan sengaja - Asyraf

-EDISI9

Terkini

Tolak bajet sama seperti tarik sokongan terhadap PM

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan tindakan mana-mana pihak menolak Bajet 2023 boleh dianggap seperti...

Lagi Artikel Berkaitan