32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Empat cedera bas rempuh penghadang plaza tol

Maklumat awal memaklumkan terdapat 16 penumpang dengan 10 daripadanya wanita.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT penumpang sebuah bas ekspres cedera selepas kenderaan itu merempuh penghadang Plaza Tol Ipoh Utara dekat Jelapang, Perak, hari ini.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 3.08 petang itu, bas membawa 16 penumpang itu dalam perjalanan dari arah utara melalui Lebuhraya Utara Selatan ke Terminal Meru Raya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat awal memaklumkan terdapat 16 penumpang dengan 10 daripadanya wanita.

Menurutnya, rempuhan di bahagian penghadang tol itu mengakibatkan empat daripada mereka mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, anggota bomba telah membuat pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan semua mangsa terlibat berada dalam keadaan selamat.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.18 petang,” katanya.

-EDISI9


Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan