26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Cemburu antara motif wanita hamil ditembak – Polis

Bayi yang berada dalam kandungan mangsa turut disahkan meninggal dunia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesyaki cemburu antara motif wanita sarat mengandung tujuh bulan, Emirah Mazlan yang mati susulan ditembak di perut dalam kejadian di Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan, petang semalam.

Difahamkan, Emirah yang juga ibu kepada tiga anak berusia di antara tiga hingga 10 tahun itu, sudah bercerai dengan suaminya sejak Februari lalu.

Akibat tembakan yang dialami, bayi yang berada dalam kandungan mangsa turut meninggal dunia.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Sehingga kini polis sudah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun bagi membantu siasatan dan suspek berkenaan ada hubungan dengan mangsa.

“Setakat ini macam-macam kemungkinan motif kejadian dan salah satunya adalah cemburu. Kita akan menyiasat secara menyeluruh, termasuk mengambil keterangan daripada saksi supaya apa yang kita jangkakan adalah benar.

“Justeru, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan polis selesai. Suspek yang ditahan kini direman lima hari bermula hari ini sehingga Khamis untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Machang di IPD Machang, Kelantan, hari ini.

Ujar Muhamad Zaki lagi, pihaknya juga sedang menyiasat, sama ada mangsa ditembak di lokasi kejadian penemuan mayat atau ditembak di lokasi lain.

“Ada dua kemungkinan, mungkin mangsa ditembak di tempat lain tetapi sempat memandu hingga sampai di lokasi kejadian atau mangsa sememangnya ditembak di lokasi berkenaan.

“Jarak rumah mangsa dengan lokasi kejadian adalah 15 kilometer sahaja. Berdasarkan percakapan ibu mangsa, wanita berkenaan keluar untuk mengurut,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya suspek menggunakan pistol separa automatik .38 berdasarkan penemuan kelongsong peluru.

Terdahulu, media melaporkan wanita hamil tujuh bulan ditemukan mati dengan kesan tembakan di perut dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Kampung Repek.

Mangsa berusia 26 tahun ditemui jam 4 petang oleh orang awam sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

-EDISI9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan