30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 18, 2022

Bayaran berperingkat BKM Fasa 2 bermula hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 8.6 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 menerima bayaran masing-masing secara berperingkat bermula hari ini, melibatkan peruntukan berjumlah RM1.74 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah penerima itu meliputi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Beliau berkata, semua mereka yang layak menerima BKM itu boleh menyemak status pembayaran pada tarikh sama melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

“BKM merupakan inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Bajet 2022 bagi membantu mereka yang memerlukan untuk bangun semula pasca-pandemik dan meringankan beban kos sara hidup.

“Setakat ini, 8.6 juta penerima BKM diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,600 sekeluarga pada tahun ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Sabah: Shafie digesa tarik balik kenyataan

Tambah beliau, BKM Fasa 2 turut ditambah baik sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta sekali gus menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8 bilion.

Menurut Zafrul, BKM merupakan bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Sebagai perbandingan, katanya, kadar maksimum BKM adalah RM2,600 berbanding BR1M (RM1,200) dan BSH (RM1,480) iaitu peningkatan bantuan sebanyak 120 peratus sejak inisiatif bantuan tunai langsung mula diperkenalkan.

Baca juga:   'Saya orang pertama akan menentang' - Asyraf Wajdi

Selain itu, Tengku Zafruk menjelaskan, jumlah penerima BKM juga meningkat sebanyak 8.6 juta berbanding BSH dengan 4.5 juta penerima sahaja.

“Peningkatan ini kerana had kelayakan untuk menerima BKM dinaikkan daripada berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan untuk BSH kepada RM5,000 ke bawah sebulan untuk BKM.

“Ini bermakna lebih ramai Keluarga Malaysia layak menerima bantuan, termasuklah sebahagian M40 dan bukan terhad kepada golongan B40 seperti inisiatif bantuan tunai langsung sebelum ini,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Tiga lelaki dipenjara lapan bulan cederakan guru tahfiz

MAHKAMAH Majistret hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan kepada tiga lelaki selepas mereka mengaku bersalah mencederakan seorang tenaga...

Lagi Artikel Berkaitan