31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Zuraida sertai PBM, lepas jawatan sebagai menteri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin hari ini mengumumkan meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Beliau turut mengumumkan penyertaannya dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM) kerana tertarik dengan enam prinsip teras parti yang baharu ditubuhkan itu.

“Saya mempercayai perjuangan parti itu dan amat tertarik dengan enam prinsip terasnya iaitu keterlibatan pelbagai kaum, pemberdayaan wanita, pemerkasaan anak muda, pembangunan ekonomi, peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

“Saya melihat banyak potensi dalam PBM, terutamanya pada masa rakyat Malaysia sudah bosan dengan politik lama, yang membantutkan kemajuan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zuraida sebelum ini dikaitkan dengan penubuhan parti pelbagai kaum itu.

Sementara itu, katanya, beliau akan terus menyokong kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana ia selari dengan pendirian PBM.

Baca juga:   Wajarkah lagi UMNO terus berada dalam Perikatan Nasional?

“Insya-Allah saya akan berjumpa dengan Ismail Sabri dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatan saya sebagai Menteri Perusahaan dan Komoditi.

“Saya juga akan berbincang tentang peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri,” katanya.

Zuraida yang sebelum ini merupakan anggota Parti Keadilan Rakyat sebelum meninggalkan parti itu secara beramai-ramai dalam gerakan apa yang dipanggil Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditumbangkan dari dalam.

Baca juga:   Radzi antara empat Senator angkat sumpah jawatan

Beliau bersama seorang lagi pemimpin kanan PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kemudian menyertai Bersatu di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Setelah Ismail Sabri menggantikan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, Zuraida kekal dalam Kabinet dan dilantik sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan