24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tempoh perkhidmatan guru interim 2019 dilanjutkan setahun lagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TEMPOH perkhidmatan guru interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu tahun lagi, kata Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian itu berkata, pelanjutan tempoh tersebut bagi membolehkan urusan temuduga dan lantikan tetap untuk guru-guru yang telah memenuhi syarat diselesaikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

KPM berkata, bagi guru interim lantikan sebelum tahun 2019 pula, mereka juga dikehendaki memastikan syarat-syarat lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dipenuhi.

“Ini bagi membolehkan perakuan dibuat oleh KPM sebelum dikemukakan kepada SPP untuk urusan temuduga dan lantikan tetap.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

Pada Mac lalu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, guru interim Bahasa Inggeris (BI) yang tamat tempoh lantikan pada 21 April lalu dilantik ke jawatan tetap sekiranya didapati lulus syarat serta temuduga yang ditetapkan.

Beliau berkata, mulai tahun ini, urusan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) baharu bagi opsyen BI perlu mengambil kira penguasaan bahasa Inggeris calon pada tahap proficient, iaitu tahap Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) C1.

“Berdasarkan ketetapan tersebut, guru interim Bl yang dilantik pada 22 April 2019 dan akan tamat tempoh lantikan pada 21 April ini serta telah memenuhi syarat CEFR C1 dan lulus temuduga akan dilantik tetap sebagai PPP Gred DG41 oleh SPP.

“Dalam masa yang sama, bagi guru interim Bl yang akan tamat tempoh lantikan interim pada 21 April ini tetapi tidak memenuhi syarat CEFR C1, mereka akan turut ditemu duga untuk tujuan lantikan tetap sebagai PPP Gred DG41 oleh SPP dalam masa terdekat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan