27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Lebih 1,000 bakal jemaah haji tolak tawaran ke Mekah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEBIH 1,000 bakal jemaah haji Malaysia yang menerima tawaran mengerjakan ibadah itu bagi musim 2022, terpaksa menolak panggilan disebabkan pelbagai faktor termasuk masalah kesihatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, surat tawaran bagi kumpulan kedua sudah dikeluarkan dan Lembaga Tabung Haji (TH) sedang menunggu jawapan daripada bakal jemaah yang terpilih.

“Kita sudah buat panggilan kedua, kita bagi masa untuk panggilan kedua. Kalau panggilan kedua ada masalah, ada yang tolak, kita akan buat panggilan ketiga,” katanya pada Majlis Perasmian Program Rehlah Till Jannah Siri 1/2022 di Perkampungan Darul Barakah, di Marang, Terengganu semalam.

Kuota haji Malaysia bagi musim 2022 adalah 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima dan peratusan sama terpakai kepada semua negara.

Arab Saudi menetapkan kuota haji seramai satu juta jemaah bagi musim 2022 yang mana 85 peratus diperuntukkan kepada jemaah luar. Jumlah sejuta jemaah itu adalah 45 peratus daripada 2.5 juta orang pada 2019.

Jemaah haji yang dibenarkan pula adalah berusia 65 tahun ke bawah, tiada penyakit kronik, mempunyai sijil vaksinasi COVID-19 dan perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam daripada masa berlepas.

Advertisements

Sementara itu, Idris meminta bakal jemaah haji Malaysia agar akur dengan beberapa syarat kesihatan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi dan mereka yang gagal melepasi saringan kesihatan perlu berlapang dada.

Katanya, Malaysia tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk bakal jemaah negara ke Tanah Suci.

“Bakal jemaah haji yang tidak melepasi saringan kesihatan ditetapkan perlu berlapang dada dan patuh dengan arahan ditetapkan kerajaan Arab Saudi. Itu adalah syarat dikenakan pihak Arab Saudi, kita tak kenakan apa-apa syarat pun dan bukan syarat daripada TH.

“Faktor kesihatan, BMI (Indeks Jisim Tubuh), serius atau tak serius (penyakit), mungkin kita kena meraikan (terima) kerana (itu) pandangan-pandangan mereka (Arab Saudi) dari sudut kesihatan di sana, mereka juga nak mengelak daripada masalah COVID-19.

“Faktor yang kedua kerana cuaca di sana mungkin agak panas, boleh mencecah hampir 50 darjah Celsius. Jadi jemaah perlu patuh, kita kena bertanya kepada ahli (pakar), bertanyalah kepada orang yang tahu kalau kamu tak tahu,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan