24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KL banjir lagi, beberapa kawasan dilaporkan dinaiki air

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA kawasan di pusat bandar Kuala Lumpur telah dinaiki air.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkongsikan keadaan terkini banjir kilat berkenaan dalam hantaran di Facebook pagi ini.

“Para petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan kerja-kerja di lapangan untuk mengurangkan masalah air bertakung bagi memudahkan urusan orang ramai.

“Berhati-hati,” kongsinya.

Dalam hantaran terdahulu, Menteri Alam Sekitar itu menyatakan aras air di stesen Sungai Gombak di Jalan Tun Razak berada pada paras bahaya, manakala stesen Sungai Gombak di Jalan Parlimen dan stesen Sungai Klang di Jambatan Tun Perak berada pada paras amaran.

Menurutnya, METMalaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan sebahagian kawasan di Negeri Sembilan.

Pengguna media sosial pula berkongsikan perbezaan hanya 10 minit paras air sungai naik begitu cepat di Masjid Jamek.

Beberapa kawasan tumpuan menjadi ‘mangsa’ dinaiki air banjir yang tidak diduga, antaranya ialah Masjid Jamek.

Menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik oleh Asyraf Xebex di akaun Twitter miliknya, dia menunjukkan dua garis waktu berbeza pemandangan Masjid Jamek dalam tempoh 10 minit.

Dalam gambar pertama, kelihatan perkarangan luar Masjid Jamek sedang dinaiki air sungai berhampiran, iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang.

Peningkatan air sungai ketika hujan adalah perkara biasa.

Advertisements

Namun apa yang mengejutkan, ia menjadi sesuatu yang mungkin ‘luar biasa’ apabila perkarangan masjid tersebut sudah ditenggelami air sungai berkenaan hanya dalam tempoh 10 minit sahaja.

Asyraf menerangkan keadaan 10 minit kemudian menerusi satu lagi ciapan lain yang bersambung di bawah kenyataan asal tadi.

Percaya atau tidak, hanya dalam 10 minit, keadaannya menjadi berbeza sama sekali.

Masjid Jamek hampir dinaiki air ekoran hujan lebat dalam tempoh 10 minit.

Sementara itu, menerusi kemas kini Integrated Transport Information System (Itsis DBKL), mereka turut melaporkan beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur mula dinaiki air.

Menurut kemas kini tersebut, air hujan dipercayai naik di kawasan di dalam Bulatan Dato Onn, Jalan Ampang menuju ke Leboh Ampang dan Jalan Ampang ke Jalan Dang Wangi.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu hantaran di Facebook berkongsikan keadaan hujan lebat sepanjang hari di Kuala Lumpur.

“Tempat lain pun sama ke? Ada beberapa kawasan sudah mula dinaiki air.

“Saya lihat anggota keselamatan, DBKL juga ada membantu pemantauan dan memudahkan saliran. Harap semua selamat dan baik-baik. Berhati-hati di jalan raya juga,” kongsinya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan