25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

TH, MAB meterai perjanjian penerbangan sewa khas haji

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA Airlines Berhad (MAB) memeterai perjanjian penerbangan sewa khas haji selama tiga tahun bersama Lembaga Tabung Haji (TH) untuk menyediakan operasi membawa jemaah dari Malaysia.

Perkhidmataan penerbangan cater itu akan diuruskan oleh penyedia penerbangan umrah dan haji, AMAL by Malaysia Airlines (AMAL).

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, rekod cemerlang AMAL yang mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan penerbangan sewa khas haji menjadi pendorong utama pemilihan MAB sebagai penyedia penerbangan sewa khas haji bermula tahun ini sehingga 2024.

“Kami yakin komitmen, pengalaman, kepakaran dan kerjasama di semua peringakat mampu memberikan perkhidmatan dan layanan yang cemerlang kepada bakal haji.

“Mutu perkhidmatan yang diberikan oleh AMAL sebelum ini telah menerima pujian daripada jemaah haji.

“TH ialah satu-satunya badan kerajaan yang menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi keselesaan dan kebajikan jemaah Haji Malaysia,”katanya dalam kenyataan.

Perjanjian tersebut ditandatangani Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman manakala AMAL diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Muhammad Najmi Mansor, disaksikan oleh Amrin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAB, Kapten Izham Ismail.

Sementara itu, Izham berkata, AMAL by Malaysia Airlines kekal komited dalam menyediakan perkhidmatan penerbangan yang selamat dan lancar bagi memastikan para jemaah dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna.

“Sebanyak 50 peratus Jemaah Haji Malaysia akan diterbangkan terus oleh AMAL secara berperingkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz Madinah.

“AMAL akan menggunakan pesawat A330-300 dengan kapasiti 284 tempat duduk untuk memastikan perkhidmatan yang selesa dan terbaik diberikan pada para jemaah.

“Ini termasuk perkhidmatan seperti talbiah, doa musafir, laungan azan dan tazkirah, serta pengumuman miqat bagi memastikan pengalaman ziarah yang menyeluruh sebaik sahaja penumpang memasuki pesawat,” katanya.

Seramai 14,306 jemaah haji Malaysia akan menunaikan rukun Islam kelima pada tahun ini dan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas melalui penerbangan pertamanya pada 4 Jun 2022. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan